Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2021 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2021 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia ambilan 2021/2022 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan Sijil Veterinar Malaysia 2021/2022 boleh dibuat secara online mulai 10 Mac 2020 hingga bulan September 2020 menerusi Laman Web DSV.

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2020 Online

Sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak. Objektif Kursus Sijil Veterinar Malaysia diwujudkan bertujuan menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang.

Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2021 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2021 Online

1. Pemohon boleh memuat turun borang permohonan secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia

ATAU:-

2. Mendapatkan borang permohonan secara manual menerusi alamat seperti berikut:

Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Aras 2, Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya

Syarat Kelayakan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2021

Antara Syarat Kelayakan Kursus Sijil Veterinar Malaysia adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus dipohon.

2. Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);

3. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris;

4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik;
Kepujian dalam salah satu pelajaran berikut:

Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat;

5. Berjaya dalam temu duga yang dijalankan;
- Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan)
- Sihat tubuh badan.

Jangkamasa

- Kursus ini mengambil masa selama dua (2) tahun di mana pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif.

- Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut.

- Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.

Semakan Keputusan Kursus Sijil Veterinar Malaysia 2021

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya
Tel: (603) 8870 2000
Faks: (603) 8888 6021

Selamat membuat Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia tahun 2021 secara online!

No comments

Powered by Blogger.