Permohonan Biasiswa YTL 2020 Online (Semakan Status)

Permohonan Biasiswa YTL 2020 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa YTL tahun 2020 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Matrikulasi yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa YTL ambilan 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa YTL 2020 boleh dibuat secara online sehingga 31 Mac 2020 menerusi Portal Rasmi YTL.

Permohonan Biasiswa YTL 2020 Online

Sedia maklum, Yayasan Yaw Teck Seng ditubuhkan untuk menyediakan dana, geran, bantuan kewangan dan sokongan untuk penubuhan, pembesaran atau penambahbaikan sekolah, universiti, atau penubuhan pendidikan lain. Yayasan ini juga turut menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama.

Permohonan Biasiswa YTL 2020 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa YTL beserta syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian yang ditaja dan semakan status:

Cara Permohonan Biasiswa YTL 2020 Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web YTL secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://fs10.formsite.com/YTLF/form6/index

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan betul dan lengkap.

Syarat Kelayakan Biasiswa YTL 2020

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa YTL 2020 adalah seperti berikut:

A. Keperluan Am:

1. Mesti  datangdari keluarga yang mendapati ia adalah satu cabaran untuk membiayai yuran pengajian dan perbelanjaan hidup
2. Mestilah warganegara Malaysia
3. Pengajian sepenuh masa

B. Keperluan Akademik Minimum:

1. SPM / IGSCE: Minimum 7A
2. STPM / Matriculation / Foundation: Minimum 3A / CGPA 3.7 / B + Purata
3. A-Levels: Minimum 2A
4. IB: 33 mata

Bidang Pengajian Yang Ditaja

1. Electrical Engineering
2. Mechanical Engineering
3. Quantity Surveying
4. Construction Project Management and other construction-related courses
5. Finance and Business related degrees
6. Art and Design
7. Accounting
8. Computer Science

Semakan Status Biasiswa YTL 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Web: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Selamat membuat permohonan Biasiswa YTL tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa YTL!

No comments

Powered by Blogger.