Permohonan KUIS 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan KUIS 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan KUIS ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat lepasan SPM/ Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ambilan tahun 2024 bagi peringkat pengajian Diploma. Untuk makluman anda, permohonan KUIS 2024 dijangka bakal dibuka secara online menerusi Laman Web Rasmi KUIS. Berikut dikongsikan Permohonan KUIS 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan KUIS 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau nama ringkasnya KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Lokasi kampus utamanya terletak di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Antara peringkat pengajian yang ditawarkan di KUIS adalah seperti program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana dan PhD.

Permohonan KUIS 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan KUIS beserta syarat kemasukan, senarai program pengajian yang ditawarkan dan semakan keputusan:


Cara Permohonan KUIS 2024 Online

1. Pemohon perlu layari di Portal Rasmi KUIS secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://eadmission.kuis.edu.my/

2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan klik pada butang "Mohon".

3. Proses menjadi pelajar berdaftar KUIS adalah melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

PERINGKAT 1: PERMOHONAN

-Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
-Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
-Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

PERINGKAT 2: SEMAKAN & PENAWARAN

-Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
-Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
-Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT 3: PENDAFTARAN

-Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
-Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).


Syarat Kemasukan KUIS 2024

Antara syarat kemasukan KUIS adalah seperti berikut:

◾ Ijazah Sarjana Muda
-Keputusan Peperiksaan STAM hanya  dengan keputusan MAQBUL
-STPM hanya dengan 2 kredit

◾ Asasi
-Mendapat 5 kredit dalam Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM)

◾ Diploma
-Mendapat 3 kredit dalam SPM

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Senarai lengkap kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS, sila rujuk 👉 DISINI

Semakan Keputusan KUIS 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan KUIS tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan KUIS, sila hubungi di:

Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
No. Telefon: 03-89117000/ 2240/ 2239/ 1220/
1205
No. Faks: 03-89268462
Emel: admission@kuis.edu.my

Selamat membuat Permohonan Kemasukan Ke KUIS ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran KUIS!

No comments

Powered by Blogger.