Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2024 (HLP) Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2024 (HLP) Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tahun 2024. Untuk makluman, permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2024 boleh dibuat secara online bermula 21 Disember 2023 hingga 18 Januari 2024 menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan HLP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2020 (HLP) Online

Sedia maklum, Kementerian Pendididkan Malaysia menawarkan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara bagi Sesi Pengajian Tahun Semester 1 2023.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2024 (HLP) Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Cara Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2024 Online

1. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian menerusi pautan di https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.

2. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

3. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temuduga

Syarat Kelayakan Hadiah Latihan Persekutuan 2024

Antara Syarat Kelayakan Hadiah Latihan Persekutuan adalah seperti berikut:

1. PPP hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.

2. PPP hendaklah warganegara Malaysia.

Semakan Keputusan HLP KPM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan HLP 2024 secara online:

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia biasanya boleh disemak melalui pautan di https://epenawaran.moe.gov.my.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan 2024 (HLP) Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan HLP KPM, sila hubungi di:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 / 03-8870 6375 / 03-8870 6442 / 03-8870 6369
03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
Faks : 03-8870 6839
E-mel : hlp@moe.gov.my

Selamat membuat Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan tahun 2024 secara online!

No comments

Powered by Blogger.