Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab? Perhatian buat pelajar lepasan PT3 tahun 2022 yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab Tingkatan 4 ambilan 2023. Untuk makluman anda, permohonan Al-Syahadah Ulul Albab 2023 bakal dibuka secara atas talian (online) mulai bulan Disember 2021 menerusi Portal Rasmi Yayasan Terengganu.

Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2020 Online

Sedia maklum, Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih. Ia diwujudkan bertujuan memantap dan memperkasa KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam.

Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab beserta syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023 Online

1. Permohonan boleh layari Portal Rasmi Yayasan Terengganu secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://ytklik.terengganu.gov.my/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang "Permohonan Baru".

Syarat Kemasukan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023

Antara syarat kemasukan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari sesi persekolahan tahun 2019;

2. Lulus ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah;

3. Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk dan mendapat perakuan daripada pihak sekolah;

4. Melalui proses temu duga dengan mengambil kira pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan;

5. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat tingkatan 5.

Semakan Keputusan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2023

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon: 03-8321 7336
E-mel: yusnidah.mahat@moe.gov.my

YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )
No. Telefon : 09-622 1733

Selamat membuat Permohonan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.