Contoh Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024

Contoh Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024|ADAKAH anda calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2024? Panduan buat pelajar Tingkatan Enam (6) yang bakal menduduki mata pelajaran Pengajian Am dalam peperiksaan STPM 2024. Untuk makluman anda, pelajar diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024 (Kertas 4 - 900/4) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan. Berikut dikongsikan Contoh Soalan dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024 buat rujukan anda.

Contoh Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019

Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada komponen penilaian untuk semester 2.

Contoh Tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh soalan dan tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024 (Kertas 4 - 900/4):

Info Penting Kerja Kursus Pengajian Am STPM

1. Kerja kursus Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon.

2. Kerja kursus Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam semester 2.

3. Tema kerja kursus Pengajian Am tahun 2019 adalah berdasarkan tajuk yang
dipelajari dalam semester 2.

Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024

1. Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.

◾Tema 1 - Prasarana: Air
◾Tema 2 - Integrasi dan Perpaduan:  Kawasan kediaman

Arahan Am Kepada Calon STPM

1. Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

2. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
2.3 Tulisan: Times New Roman (font 12)
2.4 Langkau (spacing): 1.5

3. Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.

4. Calon boleh menggunakan ilustrasi/ gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format penghasilan gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5.

5. Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan rujukan adalah seperti pada Lampiran 6.

6. Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan.

7. Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
7.5 Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5)
7.6 Kerja kursus Pengajian Am

8. Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).

9. Kerja kursus yang telah disiapkan perlu diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Download Manual Jadual Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon Kerja Kursus Pengajian Am STPM (Kertas 4 - 900/4) boleh muat turun Jadual Kerja Kursus Pengajian Am 2024 dalam bentuk PDF, sila klik DISINI.

Semoga perkongsian Contoh dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2024 ini dijadikan panduan buat semua calon STPM!

No comments

Powered by Blogger.