Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 Online (SPZAS)

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 Online (SPZAS)|BILAKAH tarikh permohonan SPZAS tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar IPT khususnya buat warga Selangor yang berminat membuat pinjaman pendidikan kemasukan ke Universiti Awam. Menerusi Portal Rasmi Zakat Selangor, permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023 boleh dibuat secara online mulai 3 Oktober 2022 hingga tarikh tutup 3 Disember 2022.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019 Online

Sedia maklum, Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor yang bertujuan meringankan beban kos pengajian pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 bagi setiap peringkat pengajian.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 Online (SPZAS)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan SPZAS 2023 beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan status:

Tarikh Penting Permohonan SPZAS 2023

◾Tarikh Permohonan: 3 Oktober 2022 hingga tarikh tutup 3 Disember 2022

Cara Permohonan SPZAS 2023 Online

1. Pemohon perlu layari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) secara online menerusi pautan di www.zakatselangor.com.my/spzas.

2. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Syarat Kelayakan SPZAS 2023

Antara syarat kelayakan permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.
2. Warganegara Malaysia.
3. Lahir dan menetap di Selangor
4. Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
5. Permohonan hanya untuk semester kedua(IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja
6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.
7. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
◾Sijil
◾Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
◾Diploma/Diploma Lanjutan
◾Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
◾Ijazah Sarjana (Master)

Semakan Keputusan SPZAS 2023 Online


Artikel Berkaitan:

πŸ‘‰ Semakan Status Bantuan Zakat Selangor

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan SPZAS, sila hubungi di Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

Selamat membuat permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor tahun 2023 secara online!

1 comment:

Powered by Blogger.