Intipati Belanjawan Malaysia 2019 Warga Pendidikan

Intipati Belanjawan Malaysia 2019 Warga Pendidikan|BILAKAH tarikh pembentangan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2019? Pastinya rakyat Malaysia termasuk para pelajar amat menantikan intipati pembentangan Bajet Malaysia tahun 2019 terutama isu pendidikan. Sedia maklum, tarikh pembentangan Belanjawan Malaysia atau Bajet Malaysia tahun 2019 bakal berlangsung pada 2 November 2018, hari Jumaat mulai jam 4 petang dan bersiaran secara langsung di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Intipati Belanjawan Malaysia 2019 Warga Pendidikan

Intipati Belanjawan Malaysia 2019 Warga Pendidikan

Berikut dikongsikan ringkasan intipati pembentangan Bajet Malaysia tahun 2019 khususnya warga pendidikan:

TAHUN 2019

*Akan dikemaskini

TAHUN 2018

Tema: Negaraku Membentuk Masa Depan
Peruntukkan Bajet 2018: 👉 RM 280.25 billion


Ringkasan Intipati Bajet Malaysia 2019

Berikut dikongsikan ringkasan intipati Bajet Malaysia 2019:

⚫Bajet Sektor Pendidikan 2019

- Peruntukan bagi bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion untuk membantu golongan yang miskin melalui bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai.

- Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.

*Sekolah Kebangsaan – RM250 juta;
*Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) – RM50 juta;
*Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) – RM50 juta;
*Sekolah Berasrama Penuh – RM50 juta;
*Maktab Rendah Sains Mara – RM50 juta;
*Sekolah Agama Bantuan Kerajaan – RM50 juta;
*Sekolah Mubaligh – RM50 juta;
*Sekolah Tahfiz – RM50 juta;
*Sekolah Pondok yang berdaftar – RM25 juta;
*Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) atau Conforming School – RM15 juta; dan
*Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) – RM12 juta.

- Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.

- Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.

- Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk dana ini. Di samping itu, peruntukan RM20 juta disediakan bagi meningkatkan kompetensi belia melalui Program Bootcamp berkaitan TVET.

- Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.

- Meneruskan pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.

 -Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.

- Pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Semoga perkongsian Intipati Belanjawan Malaysia 2019 Warga Pendidikan ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.