Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2020 Online

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2020 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2020? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan keputusan MRSM Tingkatan ambilan 2020 secara online. Untuk makluman anda, semakan keputusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2020 boleh dibuat secara online selepas secara rasmi keputusan UPSR diumumkan.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan MRSM Tingkatan 1 Ambilan 2020
👉 Senarai Terkini MRSM di Malaysia

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 Online

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di setiap negeri di Malaysia. Pemohon diingatkan supaya merujuk kepada pengumuman dari portal rasmi MARA bagi dapatkan maklumat terkini.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan MRSM meliputi tarikh penting dan aplikasi semakan:

Ujian Khas Program Ulul Albab/IGCSE

Calon yang menerima SMS/emel bagi program Ulul Albab/IGCSE akan menduduki Ujian Khas pada 4 - 6 Disember 2017.

Butiran tarikh dan masa yang ditetapkan bagi Ujian Khas akan diberitahu selepas calon memilih tempat ujian:
KLIK: 👉 https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Tarikh Penting Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2020

◾Tarikh Semakan: *Dijangka bulan Januari 2020
◾Aplikasi Semakan: *Akan dikemaskini

Aplikasi Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2020

A) Semakan Secara Online

◾ Tingkatan 1:
👉 *Akan dikemaskini

B) Semakan Melalui SMS

Taipkan:
MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN dan Hantarkan ke 15888

Permohonan Rayuan MRSM Tingkatan 1 2020

Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara online melalui laman web yang ditetapkan. Tarikh e-rayuan MRSM secara online akan dikemaskini dari masa ke masa.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2020

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai semakan MRSM boleh dihubungi melalui talian 03 - 2691 5111 sambungan 3331/3392/3766.

Selamat membuat semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 tahun 2020! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM tahun 2020!

43 comments:

  1. anak saya dah masuk tingkatan 3 di MRSM..

    memang sekolah elit dan bayaran pun boleh tahan

    ReplyDelete
  2. Apasal mrsm takde rayuan online. Nak mohon online ada sistem canggih....bila nak semak sistem tak menyeluruh....anak saya dapat 5A1B....tak dipanggil2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x apply mne nk pggil

      Delete
    2. saya dapt 4A2B boleh masuk......

      Delete
  3. Apa pasal keputusan MRSM lambat sangat. Anak saya dah di tawarkan ke SBP lain. Jadi terpaksa daftar kat SBP takut nanti tak dapat walaupun result dia 6As. Yang pelik nye kenapa SBP cepat tahu keputusan tetapi MRSM lembab sangat. Konon nye guna teknologi tapi sayang tak efficient & competitive macam kat lain. Saya harap perkara ini dapat di perbaiki untuk masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parallel Run mungkin tidak dijalankan dahulu dan sekarang website mara sendiri pun carput .

      Delete
    2. Pelajar akan ditawarkan salah satu, sbp atau mrsm..jika dh dpt offer sbp..maka tiada la offer mrsm..tq

      Delete
    3. BETUL.. DH DPT SBP, TAK LAYAK DITAWARKAN KE MRSM LAGI.. TERIMA KASIH..

      Delete
    4. Betul...ank saya pn dpt 6A.. SBP panggil tp berat hati gak nak terima sbb btl2 nk anak masuk MRSM.. utk kepastian saya call HQ mara n diaorg bgtau kalau SBP panggil memg student tu dh xda dlm list mara...Dah pasti n puas hati dgn penerangan dari pihak mara jd saya terima la SBP

      Delete
    5. tp kawan anak saya....dpt 6A gak...sbp dia dapat...dah dftr 10.1.2018 ritu...cek mrsm hr ni pn dpt gak di gerik...tp dgr kata nk tolak mrsm sbb lambat sgt...klu ikut awal tu mmg dia nk p mrsm...tp dah lmbt dpt kptsn...akhirnya nk stay je di sbp...

      Delete
    6. sbp memang dapat awal.....

      Delete
  4. Heran jugak bagaimana cara MRSM menawarkan penempatan kerana Pengerusi MARA sendiri telah menyerah surat tawaran kepada 33 murid untuk MRSM di Bachok. SMS dan website pun tidak aktif lagi meskipun dilapurkan akan aktif pada 8hb. Jan. 2018 selepas 12:30 ptg.

    ReplyDelete
  5. So sekarang dah tau keputusan ke belum? Jenuh menunggu dari jam 12.00pm tadi.
    masih x ketahui apa status.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tunggu lama dah ni.tunggu juga Mara ubah tarikh semakan takde la kita tunggu macam ni

      Delete
    2. Hari ni pun belum dapat semak lagi keputusan.

      Delete
    3. MMG AMIK MASA.. PIHAK MARA AKAN SMS PADA CALON YANG LAYAK SEBELUM HARI YANG BOLEH CHECK ONLINE.. BAWA BERSABAR..

      Delete
    4. Tapi dah ada yang mendahului "PROSES" yang mana Pengerusi MARA sendiri telah menyampaikan surat tawaran MRSM. Bagaimana ni ... kata ada SMS dahulu ini dah tidak ikut proses ... nampak sangat MRSM ini sudah lebih kepada POLITIK ...

      Delete
    5. Bukan nak insaf...Sabtu ni parlimen kepala batas pulak yg buat mcm ni. Ada ibu bapa yang dah di call untuk hadir majlis penerimaan kemasukan mrsm tingkatan 1. Kenapa perlu hal pelajaran pun nak dijadikan modal politik? Kau kena ingat... Tgk kembali nama kau tu... Majlis AMANAH rakyat!!! Kalau niat kau nak menidakkan tanggungjawab amanah kau tu... Kau jawab sendiri lah di akhirat nanti. Tak semua ibu bapa yg redha dengan diskriminasi mcm ni.

      Delete
    6. Baru dengar dari anak yg kawannya dah tau dpt masuk mrsm. Pihak Mara call ayah budak tu. Yg yak dpt call, mudahan tak kecewa....

      Delete
  6. Dr semlm menunggu.. x tentu arah dah .. tp msh x aktif lg..

    ReplyDelete
  7. masih tiada jawapan dari mara.penat tunggu semalam

    ReplyDelete
  8. masih tiada jawapan dari mara.penat tunggu semalam

    ReplyDelete
  9. Kenape sistem semakan keputusan online masih tidak boleh masuk lagi...tarikh dah dikeluarkan,kenape sistem tak boleh masuk sehingga sekarang,saya sms pun tak boleh....buang masa je semak keputusan.....in boleh memberi masaalah kepada anak saya tidak berminat utk menyertai MRSM...tlg perbaiki.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerna terpaksa.... MARA pakai server dari skali.net. Cuba check sapa CEO kampeni tu... Alam Teknokrat Sdn Bhd... Hatta website kampeni tu pun tgh down... Mcm mana lah yg dikatakan layak utk uruskan website organisasi besar mcm mara... X caya? Cuba layari mara.skali.my ... Tgklah sendiri isi kandungannya... Ini web asal... Mara.gov.my tu adalah mirror utk domain ni

      Delete
    2. Patutlah "LEMBAP" kerana boleh guna server "SEKALI" sahaja. Sepatutnya MARA gunalah server yang "BERKALI-KALI" .... Ini tidak WEBSITE MARA sendiri ada "MIRROR" ... orang tak pernah buat macam ini.

      Delete
  10. Di harap agar sistem kemasukan dapat di perbaharui untuk mengelakkan kerugian ibubapa membayar kos di sekolah biasa utk keadaan ekonomi sekarang...double paid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makluman daripada bilik sebelah ... semakan untuk MRSM pada 22/1 dan kemasukan pelajar ting 1 & 4 pada 5/2

      Delete
    2. Terkini (Sinar edisi timur 22/1/20180. pak menteri bercakap di BERA, surat tawaran MRSM boleh dicapai besok (23/1/2018) selepas 5 petang. Untuk Tingkatan 1 sebanyak 7786 tempat ditawarkan manakala tingkatan 4 pulak sebanyak 2276 tempat ditawarkan

      Delete
  11. Kalau ank2 dah bagus dan bijak sekolah harian pun bagus x semesti nye kena masuk sbp atau mrsm.Kadang2 ank2 ok je ke sekolah harian tp ibubapa yg excited lebih.

    ReplyDelete
  12. Apasal lembab sangat pengurusan bahagian pendidikan menengah Mara ni?

    ReplyDelete
  13. kementerian pelajaran akan pilih dulu, kemudian baru MARA sbb tu lambat dpt tawaran. minggu ke 3 januari baru dapat maklumbalas.

    ReplyDelete
  14. harap2 esok 22/1/2018...keputusan keluar...tak larat nak tunggu...anak asyik tanya ja

    ReplyDelete
  15. As salam...maaf nak mencelah....kata kalau dah dapat tawaran ke SBP....tak akan ditawarkan ke MRSM....tapi...sebaliknya....ada 2 orang kawan anak saya....dah masuk SBP...dapat tawaran ke MRSM gak....so...kes macam ni....macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin parents dia kuat berdoa.. sampai dua-dua dapt. Mcm saya dua2 tak dapat walaupun anak 6A. Mungkin tak banyak berdoa mcm mereka..

      Delete
    2. A'kum. Kita berlapang dadalah ... UPSR bukan segalanya ... UPSR ibarat '1st stone" ada lagi PT3. Pada saya PT3 lagi penting tidak dapat SBP/MRSM pun masih ada pilihan lagi masuk SRK ataupun KRK (Sekolah Rancangan Khas/Kelas Rancangan Khas). Macam anak saya 6A jugak masuk SRK (berasrama penuh jugak) hampir dengan rumah lagi. Yang utama sekarang adalah apa penghidupan mereka diusia 20an nanti.

      Delete
    3. Dengar2 cenggitu gak,konon 1 pelajar cuma dpt 1 tawaran sj.. Tp hakikatnya ����
      Kesian pada yg tidak berjaya.. Langsung xde peluang ��

      Delete
    4. Dengar2 cenggitu gak..1 pelajar cuma dpt 1 tawaran sj.. so, adil laa.. Tp hakikatnya ����
      Kesian PD yg tidak berjaya walau layak..

      Delete
  16. dah check tidak berjaya..bagaimana nak buat rayuan tiada butang rayuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba hantar surat rasmi ke 'pengarah bahagian pendidikan menengah mrsm'. cari contoh surat dalam internet ya. harap membantu tuan/puan.

      Delete
  17. hope pada yg tak mahu accept mrsm cepat cepat click 'reject' . Bagi peluang pada yang lain.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.