Permohonan Biasiswa Maxis 2023 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Biasiswa Maxis 2023 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Maxis tahun 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Biasiswa Maxis bagi peringkat Sarjana Muda ambilan tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Maxis 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Maxis. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Maxis 2023 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, terdapat sebanyak tiga kategori biasiswa yang ditawarkan iaitu Biasiswa Sarjana Muda Pemimpin Muda Maxis, Biasiswa Sarjana Muda Teknologi Maxis dan Biasiswa Sarjana Muda Wanita Teknologi Maxis. Program Biasiswa Maxis menawarkan bantuan kewangan untuk yuran pengajian dan faedah lain yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup serta peluang latihan dan pekerjaan dengan syarikat itu selepas tamat pengajian.
Permohonan Biasiswa Maxis 2023 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Biasiswa Maxis termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:
Cara Permohonan Biasiswa Maxis 2023 Online
1. Layari laman web Maxis secara online menerusi pautan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/.
2. Kemudian, klik pada butang "Apply Now".
3. Lengkapkan borang permohonan secara online sehingga selesai.
Syarat Kelayakan Program Biasiswa Maxis 2023
Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Maxis adalah seperti berikut:
1. Terbuka kepada pelajar berumur 23 tahun kebawah
2. Mempunyai rekod prestasi akademik yang cemerlang
3. Penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum
4. Mempunyai kemahiran kepimpinan dan interpersonal yang mantap
5. Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi 20,000 sebulan
Semakan Keputusan Biasiswa Maxis 2023 Online
Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Maxis tahun 2023:
*Akan dikemaskini
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Maxis, sila layari Laman Web Rasmi Maxis di https://www.maxis.com.my
Semoga perkongsian Permohonan Biasiswa Maxis tahun 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Maxis!
Post a Comment