25 Resepi Air Balang Viral dan Paling Laris (2024)

25 Resepi Air Balang Viral dan Paling Laris (2024)|TIDAK lama lagi seluruh umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Anda ingin berniaga air balang sebagai pendapatan secara sambilan di bulan Ramadhan? Apakah resepi jus air balang viral dan paling laris bagi tahun 2024? Anda tidak perlu pening lagi antara salah satu bisnes yang paling mudah menjana keuntungan dengan 5 angka sebulan iaitu "Bisnes Air Balang". Tetapi anda perlu ingat disebalik mendapat pulangan yang lumayan, terdapat rahsia peniaga jual air adalah resepi jus yang sedap!

25 Resepi Air Balang Viral dan Paling Laris 2023

Pastinya anda akan tercari-cari koleksi resepi jus paling laris dan air yang sedap. Anda ingin tahu rahsia resepi jus air balang paling popular? Anda tidak perlu risau saya akan kongsikan rahsia 25 resepi air balang viral dan paling laris dengan keuntungan 4 hingga 5 angka sebulan!


25 Resepi Air Balang Viral dan Paling Laris (2024)

Terdapat 25 resepi jus air balang viral dan paling laris tahun 2024 yang anda patut cuba. Antaranya adalah:-

1. Jus Mangga
2. Jus Tembikai Susu
3. Jus Tembikai
4. Jus Carrot Susu
5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
6. Jus Mata Kucing
7. Jus Air Jagung
8. Jus Nenas Madu
9. Jus Nenas Madu Milky
10. Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
11. Air MILO
12. Air Laici Susu
13. Air Blue Hawaian Lemonade
14. Air Teh Bunga
15. Air Kelapa Muda
16. Air Sirap Bandung Cincau
17. Air Barli
18. Air Cincau
19. Jus Ciku
20. Jus Epal Asam Boi
21. Jus Kiwi
22. Jus Sunquick Rose
23. Jus Jambu Batu
24. Air Sirap Katering
25. Air Keladi

Bagi anda ingin ketahui lebih lanjut tentang "Koleksi Resepi Jus Air Balang Yang Paling Laris 2024", anda boleh dapatkan segera Ebook ini dengan klik 👉 Resepi Jus Air Balang Paling Laris!

25 Resepi Air Balang Viral dan Paling Laris 2023

Senarai Resepi Air Balang Paling Laris Tahun 2024

1. Resepi Jus Mangga Susu

Bahan-Bahan:
1 kg mangga susu yang masak
6 sudu brown sugar
5 sudu susu pekat manis
Secubit garam
Air sejuk@ air masak 1,5 liter
Air batu secukupnya

Cara Buat Air Mangga Susu:
- Kupas mangga, masukkan brown sugar, susu pekat dan secubit garam tambahkan air sejuk atau air masak.
- Kisar, tuang dalam jug besar dan masukkan air batu dan siap.
 
2. Resepi Jus Tembikai Susu

Bahan-Bahan:
1 biji buah tembikai susu (saiz besar)
1/2 tin susu pekat
Secubit garam
Air bertapis
Pewarna hijau epal

Cara Buat Air Tembikai Susu:
- Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
- Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
- Kisar bahan tadi sehingga hancur
- Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.

3. Resepi Jus Nenas Madu

Bahan-Bahan:

8 biji nenas madu
8 liter air putih

Cara Buat Air Nenas Madu:
- Potong nenas kecil-kecil. Mata nenas perlu dibuang.
- Kisar nenas yang dipotong sehingga halus. Tuang hasil kisar kedalam balang 33 liter. 
- Ulang kisar isi nenas sehingga habis kesemua 8 biji nenas tadi.
- Masukkan 1-2 bag ais ke dalam balang. Kacau sehingga sekata.

4. Resepi Air Soya Cincau

Bahan-Bahan:
200 gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam
Cincau

Cara Buat Air Soya Cincau:
- Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya.
- Basuh dan toskan air yang berlebihan.
- Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tersebut.
- Perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. 
- Sebelum di masak sebaiknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. 
- Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap disimpulkan, gunakan api perlahan dan sentiasa dikacau.
- Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula. Setelah gula larut tutup api dan boleh disejukkan dan diminum.
- Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya tersebut boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup.

5. Resepi Air Teh Ais Cincau

Bahan-Bahan:
Teh serbuk
Susu full cream
Gula (ikut sukatan yang anda mahu)
Buah pelaga/ kayu manis atau cengkih
Cincau

Cara Buat Air Teh Ais Cincau: 
- Penaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
- Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. Bila sudah nampak warna teh dah cantik dan rasanya sedap, boleh tutup api.
- Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.

Modal Kecil?

Sudah pasti anda buat bisnes untuk untung bukan? Jadi kalau ada bisnes yang bermodalkan kecil tapi untung besar, suka atau tak? Salah satu bisnes modal kecil tapi untung besar adalah dengan menjual air balang.

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja.

Namun setelah diproses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan.

Jika setiap cawan dijual dengan harga RM1.00. Maknanya anda sudah memperolehi RM120! Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Klik butang dibawah ini untuk belajar menjual air balang:-

               -- KLIK TEMPAH SEKARANG! --

25 Resepi Air Balang Viral dan Paling Laris 2023

Rahsia Bisnes Air Balang Dengan Keuntungan 4 Hingga 5 Angka Sebulan!

Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini, pastikan anda terlebih dahulu membaca "Panduan Rahsia Perniagaan Air Balang Di SINI". Panduan Rahsia dan Teknik Memulakan Bisnes Air Balang ini akan mengajar anda dari A to Z dalam dunia perniagaan antaranya bagaimana untuk menjana RM7k sebulan dengan menjual air balang, teknik berniaga, cara tarik pelanggan, kos dan modal, pemilihan lokasi yang terbaik dan pelbagai lagi ilmu baru yang anda boleh dapati.

                              

Semoga perkongsian artikel berkenaan dengan tips bisnes dan rahsia resepi jus air balang paling laris termasuk panduan bagaimana cara memulakan perniagaan ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua!

No comments

Powered by Blogger.