Permohonan UMP 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan UMP 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke UMP tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan UMP 2024 akan dibuka secara atas talian (online) pada 17 November 2023 hingga 25 Disember 2023 menerusi Portal Rasmi UMP. Berikut dikongsikan Permohonan UMP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan UMP 2022 Online (Semakan Keputusan)

Selain UMP, terdapat juga beberapa pengambilan UA lain yang turut menawarkan second intake Februari/Mac 2024 seperti UM, UTM, UTHM, UMK, UiTM, UIAM, UUM dan UPSI. Universiti Malaysia Pahang atau mudah dikenali sebagai UMP merupakan Institut Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Universiti ini menawarkan beberapa fakulti pengajian antaranya iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian dan banyak lagi.

Permohonan UMP 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UMP beserta syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan UMP 2024

⬛ Tarikh Permohonan Dibuka: 17 November 2023 hingga 25 Disember 2023

Cara Permohonan UMP 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UMP secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://gading.ump.edu.my/ump/f?p=105:LOGIN:112537460039982

Syarat Kemasukan UMP 2024

Antara syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

Lepasan Diploma/ Matrikulasi/ Politeknik/ STPM/ STAM/ A-Level
Minimum kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dan lulus Sejarah pada peringkat SPM

B. Syarat Khas

Tertakluk kepada program pengajian.

Semakan Keputusan UMP 2024 Online

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan UMP ambilan 2024 online:

1. Semakan keputusan UMP ambilan Februari 2024 bagi program Ijazah Sarjana Muda dijangka boleh dibuat secara online menerusi Laman Web Rasmi UMP https://apps02.ump.edu.my/semakanV2/login.jsp

2. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik pada butang "Semakan".

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UMP, sila hubungi di:

Unit Pengambilan Pelajar Tempatan dan
Hubungan Akademik
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Pekan
Universiti Malaysia Pahang
26000 Pekan
No. Tel. : +609-424 5252 / 5263
No. Fax : +609-424 5262
Email : bpa@ump.edu.my

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA),
UMP Kampus Gambang
No. Tel. : +609-549 2550
Faks : +609-549 2555
Web: http://bpa.ump.edu.my

Selamat membuat Permohonan UMP ambilan Februari 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UMP!

No comments

Powered by Blogger.