Semakan Keputusan YTP MARA 2024 Online (Rayuan)

Semakan Keputusan YTP MARA 2024 Online (Rayuan)|BILAKAH tarikh semakan keputusan YTP MARA 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang ingin membuat semakan keputusan tawaran Pinjaman Pelajaran MARA (YTP) tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan YTP MARA 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 17 Julai 2023 hingga 21 Julai 2023 menerusi Portal Rasmi MARA. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan YTP MARA 2024 buat rujukan anda.

Semakan Keputusan YTP MARA 2023 Online (Rayuan)

Sedia maklum, MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2022 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih.

Semakan Keputusan YTP MARA 2024 Online (Rayuan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan YTP MARA beserta syarat kelayakan permohonan termasuk keputusan rayuan:

Cara Semakan Keputusan YTP MARA 2024 Online

1. Pelajar boleh buat semakan keputusan Program YTP MARA 2024 melalui pautan di https://educationloan.mara.gov.my/.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan. Klik pada "Log Masuk".

Syarat Kelayakan YTP MARA 2024

Antara Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA YTP adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

4. Lulus pemeriksaan kesihatan.

5. Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

B. Syarat Khusus

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2023.

2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Info Penting:
*Bagi mendapatkan maklumat tentang syarat kelayakan program, klik pautan DISINI.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan YTP MARA, sila hubungi di:

No. Telefon: 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
Email: postspm@mara.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan YTP MARA tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran YTP MARA!

2 comments:

  1. Adakah rayuan dibenarkan bagi pemohon yang gagal. Jika Ya, mohon berikan perincian prosedur rayuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Cuba email ke email address yg diberikan iaitu postspm@mara.gov.my tapi alamat e-mail tak valid. Kecewa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.