Cara Login SPLKPM 2024 Online (Daftar)

Cara Login SPLKPM 2024 Online (Daftar)|ANDA ingin login masuk SPLKPM? Apa itu SPLKPM? Perhatian buat guru atau pengguna yang ingin ketahui cara login masuk dan kemaskini SPLKPM secara online. Untuk makluman anda, Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan (SPLKPM) atau dahulu dikenali sebagai SPLG KPM merupakan sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan. Kini, pengguna boleh login sistem SPLKPM secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi SPLKPM.

Cara Login SPLKPM 2021 Online (Daftar)


Sedia maklum, SPLKPM juga dirujuk untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP dan tengok pelaporan bilangan markah CPD. Terdapat dua modul dalam SPLKPM iaitu Modul Individu dan Modul Penyelaras.


Cara Login SPLKPM 2024 Online (Daftar)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login Masuk SPLKPM 2024 termasuk cara daftar, kemaskini dan senarai kursus yang ditawarkan:


Login SPLKPM Online (Modul Individu)

1. Layari Portal Rasmi SPLKPM secara online menerusi pautan di https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan beserta kata laluan yang didaftarkan.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Hantar’.

4. Pada paparan menu, klik ‘Pembelajaran Kendiri’ untuk menambah kursus yang telah disertai.


Apa Itu SPLKPM?

Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan atau dikenali sebagai SPLKPM adalah merupakan sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan. Terdapat dua modul dalam SPLKPM iaitu Modul Individu dan Modul Penyelaras seperti berikut;

A. MODUL INDIVIDU

Modul Individu dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

B. MODUL PENYELARAS

Modul Penyelaras pula dibangunkan untuk membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.


Senarai Kursus Online SPLKPM

Antara senarai kursus online yang ditawarkan di Sistem SPLKPM adalah seperti berikut:

A. SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja

Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Setiap warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai.

Setelah menamatkan kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM.

B. SPLKPM Rumahku AKPK

Bagi pengguna yang mempelajari tentang pembelian rumah boleh ambil kursus online Rumahku AKPK.

C. SPLKPM KURSUS STEM

Kursus STEM adalah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.

◼️Daftar kali pertama: https://app.schoology.com/register.php?type=student

◼️Daftar masuk: https://www.schoology.com/

D. SPLKPM WEBINAR

Anda juga boleh menonton sesi kursus secara langsung yang dipanggil Webinar untuk perkongsian ilmu. Sila ke laman web https://splkpm.moe.gov.my.

E. SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)

Pengguna juga boleh membuat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca. Sila log masuk sistem SPLKPM untuk mengisi maklumat untuk buat book review termasuk:

- Tajuk buku

- Penulis buku

- Bahasa buku

- Bilangan mukasurat

- Sinopsis buku

- Tarikh pembacaan

- Pembentangan


Cara Kemaskini SPLKPM Tahun 2024

Pegawai yang berkhidmat di bahagian berikut perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dan perlu log masuk di Portal SPLKPM:

- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

- Kolej Matrikulasi

- Institut Pendidikan Guru (IPG)

- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)

- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Semoga perkongsian Cara Login SPLKPM Modul Individu ini dijadikan rujukan buat anda semua!

1 comment:

  1. Symbols and other bonus options of 바카라 사이트 the sport are sometimes aligned with the theme. Some themes are licensed from in style media franchises, together with films, television sequence , entertainers, and musicians. We consideration to} real Las Vegas on line casino video games, made by the best slot machine makers. You can play brand new video games from Vegas on-line casinos, without spending real cash. No have to deposit funds, or sign-up, these are real real cash on line casino slots that you can play for free. From free spins to welcome bonuses, the free slots sites in our evaluate guide are generous with their provides.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.