Contoh Soalan & Jawapan PKSK 2024 (Tingkatan 1 & 4)

Contoh Soalan & Jawapan PKSK 2024 (Tingkatan 1 & 4)|APAKAH contoh soalan PKSK bagi tahun 2024? Perhatian buat para pelajar yang ingin ketahui contoh soalan dan jawapan Ujian PKSK 2024 bagi Tingkatan 1 & 4. Untuk makluman anda, KPM telah menetapkan bahawa calon yang berminat untuk memasuki SBP, MTD, SMKA, KV dan SMT bagi ambilan tahun 2024 wajib menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Berikut dikongsikan Contoh Soalan & Jawapan PKSK 2024 buat rujukan anda.

Contoh Soalan & Jawapan PKSK 2020 (Tingkatan 1 & 4)


Sedia maklum, kaedah penilaian calon sekolah-sekolah khusus melalui PKSK dibuat kerana peperiksaan UPSR dan PT3 tahun 2020 telah dibatalkan akibat pandemik Covid 19. Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM adalah pada 2 – 13 Oktober 2023 manakala pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 adalah mulai 16 – 27 Oktober 2023.


Contoh Soalan & Jawapan PKSK 2024 (Tingkatan 1 & 4)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan PKSK 2024 Tingkatan 1 & 4 termasuk jawapan, format soalan dan tips menjawab:


Format dan Komponen PKSK

1. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).

2. Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

3. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) 20%

- Meliputi kecerdasan emosi, rohani dan insaniah

Bahagian B – Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) 70%

- Meliputi kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.

- Tempoh masa Bahagian A & B ialah 90 minit. Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris

Bahagian C – Artikulasi Penulisan 10%

- Penulisan esei 100 patah perkataan bagi Tingkatan Satu, 250 patah perkataan bagi Tingkatan Empat

- 45 minit dalam Bahasa Melayu.


Contoh Soalan dan Jawapan PKSK 2024

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) agak berbeza dari Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) kerana selain daripada soalan EQ, SQ, SSQ, IQ dan Pengetahuan Am, ujian PKSK juga mengandungi soalan Penyelesaian Masalah dan Artikulasi Penulisan.


Contoh Soalan PKSK 2024 (EQ, SQ, SSQ, IQ & Pengetahuan Am)

1. Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak

2. Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan

3. Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah

4. Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz

5. Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg

6. Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad

7. Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.

8. Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka

9. Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak

10. Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun

11. Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963

12. Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur

13. Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal

14. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda

15. Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs

16. Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin

17. Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan

18. Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin

19. Wabak Covid 19 berpunca daripada apa? – virus Covid 19

20. Wabak Covid 19 mula dikesan di mana? – negara China


Contoh Soalan PKSK 2024 (Penyelesaian Masalah)

- Soalan Penyelesaian Masalah PKSK diramalkan mengikut silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

- Murid disarankan untuk membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persediaan untuk menduduki PKSK.


Contoh Soalan PKSK 2024 (Artikulasi Penulisan)

- Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini.

- Antara topik ramalan Artikulasi Penulisan PKSK ialah:

1. Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

2. Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut?

3. Punca & Cara Atasi Isu Buli, Ponteng Sekolah

4. Masalah & Cabaran PdPR

Semoga perkongsian Contoh Soalan & Jawapan PKSK ini dijadikan rujukan buat para pelajar sekolah!

11 comments:

  1. terima kasih atas info yang amat berguna

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info ni sgt berguna

    ReplyDelete
  3. terima kasih sebab berkongsi info yg sangat berguna untuk saya

    ReplyDelete
  4. Thank you for this info

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk contoh soalan ini

    ReplyDelete
  6. yknow this is very useful for me. thank you bro (thumbs up emoji)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.