Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online

Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online|ANDA ingin kemaskini permohonan BPN 2.0? Perhatian buat pemohon yang ingin ketahui cara menukar status perkahwinan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara online. Berikut dikongsikan Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online buat rujukan anda.

Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online


Sedia maklum, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah. Jika anda mengalami pertukaran status perkahwinan BPN 2.0, anda perlu kemaskini status perkahwinan supaya anda layak menerima bayaran semasa mengikut situasi semasa.


Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan. Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 bagi status bujang dan berkahwin:


Panduan Menukar Status Perkahwinan BPN 2.0

Menurut perbualan telefon dengan pegawai LHDNM, bagi mereka yang bertukar status daripada bujang kepada berkahwin dan ingin membuat permohonan baharu, langkah adalah seperti berikut:

1. Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0 menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPembatalanPermohonanBPN.pdf.

2. Kemudian, isikan dan bawa bersama sijil nikah ke cawangan LHDNM untuk dihantar (pemohon & pasangan).

3. Buat semula "Permohonan Baharu" secara atas talian menerusi Portal BPN. (Ketua keluarga sahaja).


Situasi Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0

Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan 2.0:

1. Bujang Kepada Kahwin (bujang > berkahwin)

2. Kahwin Kepada Bujang (berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan BPN 2.0 boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).

Semoga perkongsian Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 ini dijadikan rujukan buat pemohon BPN!

No comments

Powered by Blogger.