Permohonan MRSM 2021 Online Tingkatan 1 & 4

Permohonan MRSM 2021 Online Tingkatan 1 & 4|BILAKAH tarikh permohonan MRSM ambilan 2021 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 & Tingkatan 4 ambilan tahun 2021. Untuk makluman anda, permohonan MRSM 2021 Tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020 menerusi Portal Rasmi MRSM.

Permohonan MRSM 2021 Online Tingkatan 1 & 4

Permohonan MRSM 2021 Online Tingkatan 1 & 4

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 ambilan 2021 termasuk syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Kemasukan MRSM 2021 Online

A. Tingkatan 1

A. Cara Mendapatkan Kata Laluan

Pemohon hendaklah mendapatkan 'Kata Laluan' (percuma) permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:

KLIK 👉 Sistem Aplikasi Daftar Pengguna dan Mendapatkan Kata Laluan

B. Cara Mengisi Borang Permohonan Online

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online melalui laman web seperti berikut:

KLIK 👉 https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp


Syarat Umum Kemasukan MRSM 2021 Tingkatan 1

Antara syarat umum kelayakan kemasukan MRSM adalah seperti berikut:

1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Syarat Minimum dan Kelayakan Asas MRSM 2021

1. Memiliki sikap diri yang positif
2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin.
4. Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah / Sarawak) dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2020
5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2019
6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

    B. Tingkatan 4

    A. Cara Mendapatkan Kata Laluan

    Pemohon baru hendaklah mendapatkan 'Kata Laluan' terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem permohonan borang online melalui laman web berikut:

    KLIK 👉 Sistem Aplikasi Daftar Pengguna dan Mendapatkan Kata Laluan

    B. Cara Mengisi Borang Permohonan Online

    Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online melalui laman web seperti berikut:

    KLIK 👉 Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online

    Nota:
    Buat tempoh ini, sambungan akses ke halaman sistem aplikasi aplikasi MRSM telah disekat oleh penyemak pelayar Google Chrome berikutan 'Privacy Error'. Pemohon boleh "memintas" dengan mengklik pada "ADVANCED" kemudian klik pada "Proceed To"

    Syarat Umum Kemasukan MRSM 2021 Tingkatan 4

    1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
    2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
    3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
    4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

    Syarat Minimum dan Kelayakan Asas Kemasukan MRSM 2021

    1. Memiliki sikap diri yang positif
    2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
    3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin
    4. Memperoleh keputusan 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah / Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2020
    5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
    7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

    Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 & 4 ambilan 2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM!

    No comments

    Powered by Blogger.