Contoh Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2024

Contoh Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2024|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke MRSM? Apa itu UKKM? Perhatian buat para pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan tahun 2024. Menerusi Portal Rasmi MRSM, kini calon diwajibkan untuk menduduki dan lulus empat Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat sebelum dipertimbangkan bagi pengambilan pelajar baharu. Berikut dikongsikan Contoh Soalan UKKM MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 buat rujukan anda.

Contoh Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021

Sedia maklum, Ujian ini membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian untuk kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2021. Pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadikan syarat kelayakan UKKM digunakan bagi pemilihan pelajar ke MRSM. Manakala permohonan ke MRSM Program Ulul Albab pula, calon diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Contoh Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan dan Jawapan UKKM MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 termasuk syarat kelayakan, subjek, tempat, dan semakan ujian UKKM:

Apa Itu UKKM MRSM?

UKKM ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM untuk kemasukan Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM. Secara ringkasnya, UKKM ini dianggap sebagai salah satu tiket untuk pengambilan pelajar ke MRSM.

Tempat Ujian UKKM MRSM

Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM.

Contoh Soalan UKKM MRSM 2024

Berikut dikongsikan Contoh Soalan UKKM MRSM Tahun 2024:

1. Matematik

- Soalan berkaitan wang dalam peratusan, pecahan, perpuluhan dan nisbah untuk calon Tingkatan 1.
- Bagi calon Tingkatan 4, soalan berkaitan nisbah, kadaran, simpanan, pelaburan, kredit, hutang, pengiraan faedah dan konsep jual beli.

2. Sains

- Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.
- Calon perlu menjawab apakah tindakan atau reaksi terhadap sesuatu perkara apabila berlaku sesuatu

3. Keperibadian

- Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap
- Calon dikehendaki untuk memilih jawapan sama ada Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak dan Betul atau Salah ke atas kenyataan yang diberikan.

4. Ulul Albab

- Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
- Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
- Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
- Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran

Syarat Kelayakan UKKM MRSM

Wajib kepada semua pemohon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Subjek dan Format UKKM MRSM 2023

1. Matematik
- Masa Menjawab : 30 minit
- Jumlah Soalan : 20 soalan objektif

2. Bahasa Inggeris

- Masa Menjawab : 30 minit
- Jumlah Soalan : 15 soalan objektif

3. Sains

- Masa Menjawab : 30 minit
- Jumlah Soalan : 30 soalan objektif

4. Ujian Keperibadian

- Masa Menjawab : 30 minit
- Jumlah Soalan : 100 soalan objektif

5. Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

- Masa Menjawab : 35 minit
- Ujian Hafazan dan Tulisan Jawi

Contoh Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari ke laman web rasmi MRSM https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ atau hubungi di talian 03-26132000.

Semoga perkongsian Contoh Soalan UKKM MRSM tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat para pelajar semua!

15 comments:

  1. Doakan supaya boleh menjawab soalan dengan mudah

    ReplyDelete
  2. Laa tacodnya.....��.Tapi apa-apa pun doakan semoga boleh menjawab soalan dengan mudah.AMIN

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih infonya,doakan saya dpt menjawab pada hari rabu ni

    TERIMA KASIH��

    ReplyDelete
  4. Doakn anak saya dpt menjawab dgn mudah 9 Feb ni.

    ReplyDelete
  5. Doa kan saya dapat menjawab semua soalan dengan mudah

    ReplyDelete
  6. senang je soalan nya...saya jawab tutup mata je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.