Cara Mohon Telefon Pintar Percuma Online Untuk Pelajar Sekolah B40

Cara Mohon Telefon Pintar Percuma Online Untuk Pelajar Sekolah B40|ANDA ingin mohon telefon pintar percuma? Perhatian buat anda pelajar sekolah dari keluarga B40 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan telefon pintar percuma dengan pelan data 120 GB. Berikut dikongsikan Cara Mohon Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 buat panduan anda.

Cara Mohon Telefon Pintar Percuma Online Untuk Pelajar Sekolah B40

Sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Cara Mohon Telefon Pintar Percuma Online Untuk Pelajar Sekolah B40

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40 termasuk syarat kelayakan permohonan:

Pendaftaran Telefon Pintar Percuma B40 Online

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Layari ke https://bpn.hasil.gov.my/ dan anda perlu masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.

3. Klik pada butang "Semak".

4. Kemudian, anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.

Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma B40

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online

KLIK 👉 Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Telefon Pintar Percuma, sila menghubungi di:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Semoga perkongsian Cara Mohon Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 ini dijadikan panduan buat para pelajar dan ibu bapa!

No comments

Powered by Blogger.