Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP Mulai 15 Jun 2020

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP Mulai 15 Jun 2020|BILAKAH tarikh bayaran Geran Khas Prihatin tahun 2020? Berita baik buat pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) tahun 2020. Untuk makluman anda, tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin adalah mulai 15 Jun 2020 yang akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing secara berperingkat.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP Mulai 15 Jun 2020

Sedia maklum, Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan salah satu inisiatif daripada kerajaan untuk membantu para Peniaga kecil dan sederhana PKS dalam menghadapi kesan ekonomi daripada wabak Covid-19. Setiap PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM 3000.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP Mulai 15 Jun 2020

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin GKP termasuk kadar dan jumlah pembayaran:

Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin

Kadar bayaran kepada setiap PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM 3000.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin

Dalam kenyataan Media LHDN, mereka mengumumkan bahawa pemohon GKP yang telah lulus akan menerima bayaran terus ke akaun masing-masing secara berperingkat bermula 15 Jun 2020.

Semakan Status Bayaran Geran Khas Prihatin

1. Layari Portal Rasmi GKP Hasil secara atas talian menerusi pautan di https://gkp.hasil.gov.my/.

2. Kemudian, klik Log Masuk dan masukkan ID Pengguna yang disahkan.

3. Klik pada butang "Semak" untuk membuat semakan status permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di:

HASIL Care Line: 03 - 89111000
Laman Web LHDN: http://www.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin Mulai 15 Jun 2020 ini dijadikan panduan buat penerima Geran Khas Prihatin!

No comments

Powered by Blogger.