Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 BIB Online

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 BIB Online|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Ibu Bersalin tahun 2020 bakal dibuka? Berita baik buat para ibu yang melahirkan bayi di dalam atau di luar negeri Sarawak. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 boleh dibuat secara online dan manual.

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 BIB Online

Sedia maklum, Insentif Ibu Bersalin (IBB) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dengan jumlah bayaran sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020. BIB juga boleh dipohon oleh anak Sarawak yang berada di luar negeri ini seperti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 BIB Online

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Bantuan Ibu Bersalin termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting, jumlah bayaran dan semakan status:

Cara Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Online

1. Borang permohonan Insentif Ibu Bersalin boleh didapati melalui kaedah berikut:

(i) Boleh dimuat turun di pautan DISINI atau:

(ii) Boleh didapati dimana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:

Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi).

Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin 2020

Antara Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Bersalin adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;
4. Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Info Penting:

(i) Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020;
(ii) Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
(iii) Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual;
(iv) Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

Jumlah Bayaran Bantuan Ibu Bersalin 2020

- Jumlah bayaran sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Semakan Status Bantuan Ibu Bersalin 2020

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK),
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak,
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak

No. Tel: 082-311340 / 082-311718
Emel: insentif.ibubersalin@gmail.com

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 Online ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.