Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah

Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah|ADAKAH ingin daftar Program Insentif Pengambilan Pekerja PERKESO? Berita baik buat anda golongan penganggur dan graduan yang berkelayakan membuat pendaftaran Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya). Berikut dikongsikan Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Online buat panduan anda.

Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah

Sedia maklum, Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) merupakan salah satu inisiatif pemulihan ekonomi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditadbir oleh Perkhidmatan Pekerjaan Nasional PERKESO bertujuan untuk mempromosikan peluang pekerjaan yang diwujudkan di kalangan majikan.

Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) termasuk syarat kelayakan permohonan, dokumen penting dan semakan status:

Pendaftaran Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Online

1. Daftar dan kemaskini profil di Portal MYFutureJobs secara online di pautan www.myfuturejobs.gov.my mulai 15 Jun 2020.

2. Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri.

3. Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di Portal
PenjanaKerjaya melalui laman sesawang
penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

4. Pilih Kategori yang terdapat dibawah Insentif Pengambilan Pekerja seperti #MYApprentice atau #hireMalaysia.

Syarat Kelayakan Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)

Antara Syarat Kelayakan Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) adalah seperti berikut:

A. MyApprentice

◼️ Golongan lepasan sekolah atau graduan yang diambil secara perantis
◼️ Insentif Kewangan: RM 600 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

B. HireMalaysia

1. HireMalaysia 40 Tahun Ke Bawah
◼️ Pencari kerja tempatan yang berumur dibawah 40 tahun
◼️ Insentif Kewangan: RM 800 (Bagi pekerja yang digaji RM1,200 ke atas untuk tempoh maksimum 6 bulan)

2. HireMalaysia 40 Tahun Ke Atas
◼️ Pencari kerja tempatan yang berumur 40
tahun dan ke atas
◼️ Insentif Kewangan: RM 1000 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

3. OKU
◼️ Pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU); dan
◼️ Peserta program Return to Work (RTW) PERKESO
◼️ Insentif Kewangan: RM 1000 (Bayaran  secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja dibawah PenjanaKerjaya adalah seperti berikut;

(i) Maklumat akaun bank majikan (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank)
(ii) Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan Maklumat (Business Registration Number- BRN)

Nota:
Majikan dinasihatkan untuk menyemak kedua-kedua dokumen di atas adalah betul bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemprosesan bayaran.

Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03 - 80915300/ 1300228000

Semoga perkongsian Cara Daftar Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.