Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses

Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses|APAKAH maksud status permohonan BPN "Dalam Proses"? Perhatian buat pemohon baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020. Berikut dikongsikan Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses buat rujukan anda.

Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses

Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses secara terperinci:

A. Status BPN Dalam Proses

Merujuk kepada hantaran MyGCC pada 21 April 2020 di Facebook, sekiranya status permohonan baru bertukar status kepada Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN.

Seterusnya, anda boleh buat semakan untuk mengetahui keputusan sama ada anda Lulus atau Gagal.

Menurut MyGCC lagi, anda perlu bertenang dan tunggu keputusan yang akan dikeluarkan pada Mei 2020.

B. Status BPN Dalam Proses Berapa Lama?

Namun, sehingga kini tidak diberitahu bilakah tarikh keputusan akan diumumkan. Tidak juga dinyatakan, berapa lama proses semakan kelayakan ini akan diambil oleh LHDN.

C. Apa Maksud Status Permohonan Diterima? (Bukan Dalam Proses)

Untuk permohonan baru dan rayuan BPN, sebelum anda terima status Dalam Proses, anda akan terima status Permohonan Diterima terlebih dahulu.

Status ini akan bertukar dari Permohonan Diterima ke Dalam Proses. Kemudian, dari Dalam Proses ke LULUS atau GAGAL.

D. Apa Maksud Status Tidak Layak?

Ada satu lagi status yang ramai orang mahu tahu apa maksudnya. Status tersebut ialah "Tidak Layak".

Sekiranya anda telah buat semakan dan mendapati status permohonan anda bertukar daripada Layak kepada Tidak Layak, ada beberapa sebab yang menyebabkan ia berlaku:

1. Duplikasi permohonan: Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan. Ini bermaksud permohonan dua kali, sedangkan satu keluarga hanya seorang sahaja yang boleh mohon.

2. Pemohon/ pasangan mempunyai syarikat: Semakan BPN mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM).

3. Pendapatan melebihi kelayakan: Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan yang sepatutnya.

4. Menetap luar negara: Pemohon berada di luar negara.

Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2

Bayaran BPN Fasa 2 akan bermula secara berperingkat bermula dengan BSN dan seterusnya ke bank-bank yang lain:

Tarikh Pembayaran B40 : 4 – 13 Mei 2020
Tarikh Pembayaran M40 : 13 – 15 Mei 2020
Tarikh Pembayaran Permohonan Baru dan Rayuan : 15 – 20 Mei 2020

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan berkaitan BPN, sila hubungi pihak Kementerian di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

Emel: bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia

Semoga perkongsian Maksud Status Permohonan BPN Dalam Proses ini dijadikan panduan buat pemohon BPN!

No comments

Powered by Blogger.