Semakan Nombor Siri BPN Bagi Akaun Bank Tidak Aktif

Semakan Nombor Siri BPN Bagi Akaun Bank Tidak Aktif|BILAKAH tarikh semakan Nombor Siri BPN bakal dibuka? Berita baik buat anda pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ingin membuat semakan Nombor Siri BPN (No Baucar) bagi yang tiada akaun bank dan akaun bank tidak aktif. Untuk makluman anda, semakan Nombor Siri BPN boleh dibuat secara online mulai 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020 menerusi Portal Rasmi BPN Hasil.

Semakan Nombor Siri BPN Bagi Akaun Bank Tidak Aktif

Sedia maklum, Nombor Siri BPN (No. Baucar) dikeluarkan bagi pemohon yang lulus untuk pembayaran Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank atau bank tidak aktif. Ia merupakan usaha pihak LHDN memudahkan pemohon yang akaun bank tidak aktif boleh membuat penunaian BPN di cawangan BSN yang berdekatan.

Semakan Nombor Siri BPN Bagi Akaun Bank Tidak Aktif

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Nombor Siri BPN termasuk cara penunaian BPN di Kaunter BSN:

Cara Semakan Nombor Siri BPN Online

1. Semakan No. Siri BPN boleh dibuat secara online di Portal Rasmi BPN menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://bpn.hasil.gov.my/

2. Nombor Siri akan dipaparkan di Portal Rasmi BPN dibahagian No. Baucar.

3. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik pada butang SEMAK.

4. Kemudian, klik pada "PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN".

5. Masukkan KATA LALUAN anda, klik "LOG MASUK"

6. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN. Selepas itu, No. Siri anda akan dipaparkan di No. Baucer.

Cara Penunaian BPN Di Kaunter BSN

1. Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020.

2. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri BPN. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

Semoga perkongsian Semakan Nombor Siri BPN Bagi Akaun Bank Tidak Aktif ini dijadikan rujukan buat anda semua!

3 comments:

  1. Sabtu ahad bank bsn buka tak

    ReplyDelete
  2. Sya berstatus muflis yg lulus m40 tapi di portal masih belom dipaparkan maklumat bayaran..masih paparan maklumat je dipaparkan..da byk kali cek..bila la sye dapat tunaikan duit selagi x dapat no siri baucer....sila beri pencerahan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.