Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2024 (RKPYS) Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2024 (RKPYS) Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Selangor (RKPYS) tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Selangor ambilan 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, Yayasan Selangor (YS) telah membuka permohonan bermula 3 Januari 2024 hingga 15 Januari 2024 untuk Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, RKPYS merupakan program bersama antara KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama Yayasan Selangor. Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan pelajaran yang terbaik kepada mereka.

Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2024 (RKPYS) Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Selangor (RKPYS) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://yayasanselangor.org.my/pengambilan-murid-tingkatan-1-rancangan-khas-pendidikan-kementerian-pendidikan-malaysia-yayasan-selangor-tingkatan-1-2023/

2. Kemudian, muat turun borang permohonan dan isikan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.

3. Sediakan dokumen permohonan dengan lengkap.

4. Cetak borang permohonan yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Selangor 2024

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Selangor adalah seperti berikut:

1. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.

2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar

3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun

4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.

5. Pemohon ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.

6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor.

7. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2024 (RKPYS) Online (Semakan Keputusan)

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Selangor 2024 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan RKPYS 2024, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran RKPYS!

2 comments:

Powered by Blogger.