Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan STPM/ Diploma yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2024 dibuka secara online mulai 8 hingga 16 Jun 2023 menerusi Portal Rasmi Yayasan Tenaga Nasional.

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2020 Online

Sedia maklum, TNB Prime Scholarship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh YTN kepada pelajar di peringkat persediaan/asasi hingga Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa ini telah diwujudkan sejak tahun 1993, melalui program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi.

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2024 Online

1. Permohonan Biasiswa YTN bagi Program Asas & Ijazah di Luar Negara dan UNITEN boleh dibuat secara online di laman web https://ytn.tnb.com.my/.

2. Klik pada butang ‘Apply Now.’

3. Kemudian, klik bahagian "Register". Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik butang ‘Register.’

4. Log masuk dengan memasukkan Emel dan Kata Laluan yang disahkan.

Bidang Pengajian

Pelajar dalam bidang pengajian berikut layak memohon biasiswa ini:

1. Kejuruteraan Kuasa Elektrik
– Kejuruteraan Elektrik
– Kejuruteraan mekanikal
– Kejuruteraan awam
2. Akaun/Inovasi Digital/Pengurusan IT
3. Sains DataAnalitik

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2024

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

- Pemohon berstatus Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
- Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

B. Syarat Kelayakan Akademik

- Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50 atau
- Lulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2024

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa YTN, sila emelkan ke infoytn@tnb.com.my atau hubungi di talian 03 - 8924 7500

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa YTN!

1 comment:

  1. There is so much useful information contained in this post. Really smart witty way to say things. I really appreciate it. I will check back later for more great content. I also found some other witty material here https://conservationconstructionofdallas.com/. I can’t wait to read more in the future. Thanks again.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.