Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2022 (Jadual)

Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2022 (Jadual)|APAKAH tema atau tajuk kerja kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM bagi tahun 2022? Perhatian buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal mengambil kerja kursus Pendidikan Seni Visual SPM tahun 2022. Untuk makluman anda, calon wajib melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020: Kajian Rekaan Seni Visual secara individu mulai bulan Februari 2020 hingga bulan Julai 2020. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM 2022 buat rujukan pelajar.

Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Jadual)

Sedia maklum, calon diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Kertas 3 - 2611/3) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan. Pelajar diingatkan semua dokumentasi dan catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2022 (Jadual)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM 2022 termasuk tema kerja kursus dan jadual yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Contoh Soalan Kerja Kursus PSV SPM 2022

*Akan dikemaskini

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022

1. Kertas ini mengandungi sembilan
    tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon dikehendaki melaksanakan satu
    sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan
    tugasan tersebut dan memenuhi semua
    aspek yang ditetapkan.

Arahan dan Maklumat Penting Calon SPM 2022

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2019.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana
dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

Download Jadual Kerja Kursus PSV SPM 2022

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2022, anda boleh memuat turun dalam bentuk PDF di Jadual Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM.

Semoga perkongsian Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2022 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

9 comments:

  1. jadual kerja ke soalan peksa ............... amende la lu

    ReplyDelete
  2. Nk cari kat mana tajuk kerja khusus psv 2021? Someone please help me!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii saya ada soalan kerja khursus seni 2021. kalau awk nak boleh mesej sya kat tele @nunaaji

      Delete
    2. hii saya ada soalan kerja khursus seni 2021. kalau awk nak boleh mesej sya kat tele @nunaaji

      Delete
    3. SAYA NAK TANYA TENTANG KERJA KRUSUS PSV NI
      SAYA KELIRU KALAU NAK IKUT STEP BY STEP
      TAK TAU LEPAS TU APE

      Delete
  3. Bila soalan kerja kursus ( krsv) tahun 2021 keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. quote "2 minggu sebelum SPM", tempoh ini hanya untuk soalan Kertas 2.

      Soalan Kerja Kursus PSV sepatutnya dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada guru can calon SPM seawal 5 - 6 bulan sebelum Peperiksaan SPM 2021)

      Harap admin portal dapat memadam komen diatas untuk mengelakkan sebarang kekeliruan pada calon SPM 2021.

      Delete
  4. Klu guna kertas saiz A3 bole ke

    ReplyDelete

Powered by Blogger.