Permohonan UTHM Februari 2024 Online (Ambilan Kedua)

Permohonan UTHM Februari 2024 Online (Ambilan Kedua)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA)? Perhatian buat pelajar lepasan Diploma/ STPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ambilan Mac tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan UTHM 2024 akan dibuka secara online pada 10 November 2023 hingga 3 Disember 2023 menerusi Portal Rasmi UTHM. Berikut dikongsikan Permohonan UTHM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan UTHM Februari 2020 Online (Ambilan Kedua)

Sedia maklum, UTHM menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Doktor Falsafah, Program Pesisir dan kursus jangka pendek. UTHM merupakan sebuah Universiti Awam Malaysia yang tersohor dan terletak di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Permohonan UTHM Februari 2024 Online (Ambilan Kedua)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan UTHM beserta syarat kemasukan dan senarai kursus ditawarkan:

Tarikh Penting Permohonan UTHM 2024

◾Tarikh Permohonan: 10 November 2023 hingga 3 Disember 2023
◾Tarikh Pendaftaran: 10 Mac 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://wapps.uthm.edu.my/intake/

Cara Permohonan UTHM 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UTHM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://wapps.uthm.edu.my/intake/

2. Pastikan anda isikan maklumat yang diminta dengan lengkap semasa permohonan.

3. Sila muat naik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:

A) Salinan Kad Pengenalan
B) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
C) Salinan Transkrip Akademik Diploma
D) Salinan Sijil MUET
E) Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
F) Salinan Akreditasi MQA

Syarat Kemasukan Permohonan UTHM 2024

Antara Syarat Kemasukan Permohonan UTHM adalah seperti berikut:

1. Memiliki kelulusan STPM atau Diploma/ Setaraf dalam bidang berkaitan.

2. Mendapat keputusan Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dengan mendapat Kepujian (C) dalam bahasa Malaysia atau Kepujian (C) bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

4. Pelajar yang aktif di mana-mana IPT TIDAK LAYAK memohon.

5. Tidak pernah disabit atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu untuk prosiding.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Ambilan Februari 2024

Berikut dikongsikan Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan:

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR (FKAAS)

BFF : Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian

FAKULTI KEJURTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)

BEV : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
BEJ : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)

BDC : Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Profesional) dengan Kepujian

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FKMP)

BBA : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian
BBB : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
BBC : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian
BBD : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian
BBE : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
BBF : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian
BBG : Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejubekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian

Permohonan UTHM Februari 2024 Online (Ambilan Kedua)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UTHM, sila hubungi di:-

PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

Waktu Operasi:
Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis          : 8.00 pagi – 3.30 petang
No Telefon    : 07 - 453 7696 / 7689 / 7375 /
7685 / 7687 / 7690

Selamat membuat Permohonan UTHM Sesi 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UTHM!

1 comment:

  1. assalamualaikum , sya ingin brtanya , bilakah tarikh untuk semakan kemasukan bulan Mac 2024 ye ? dan dimanakah sya perlu mmbuat semakan tersebut ? terima kasih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.