Permohonan UPNM Sesi 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan UPNM Sesi 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan UPNM ambilan 2024 bakal dibuka? Panduan buat anda lepasan SPM/ Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan UPNM 2024 boleh dibuat secara online mulai bulan Februari 2024 melalui Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Permohonan UPNM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan UPNM Sesi 2019/2020 Online

Sedia maklum, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atau nama singkatan kepada UPNM merupakan sebuah universiti awam yang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai ijazah pertama. UPNM dibahagikan kepada 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam.

Permohonan UPNM Sesi 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPNM beserta syarat kemasukan, senarai program yang ditawarkan dan semakan keputusan;

Cara Permohonan UPNM 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPU secara dalam talian (online) sebaik sahaja permohonan dibuka dan meletakkan UPNM sebagai pilihan pertama.
KLIK 👉 http://upu.moe.gov.my/

2. Fakulti akan membuat saringan data berdasarkan syarat kemasukan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga.

Syarat Kemasukan UPNM 2024

Antara syarat kemasukan UPNM adalah seperti berikut:

A. Syarat Am Kemasukan Lepasan SPM/ Setaraf

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-
kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata
pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.

B. Syarat Am Kemasukan Lepasan STPM/ Setaraf

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang kurangnya: Gred C
(NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 bagi setiap program yang dipohon
manakala Band 3 bagi program Perubatan dan Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) sahaja dalam Malaysian University English Test (MUET).

Senarai Program Yang Ditawarkan Di UPNM

Program di peringkat Asasi iaitu :

i. Asasi Perubatan
ii. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
iii. Asasi Pengurusan dan Strategi

Terdapat beberapa program di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah :

i. Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (komunikasi)
v. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
vi. Ijazah Sarjana Muda Penerbangan
vii. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim
viii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
ix. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
x. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
xi. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
xii. Ijazah Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data
xiii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi
xiv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
xv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
xvi. Ijazah Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam
xvii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan

Semakan Keputusan UPNM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan UPNM 2024 secara online:

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPNM, sila hubungi di:

Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi Perdana
57000 Kuala Lumpur

Telefon: 03-90513400
Faks: 03-90512657
Emel: akademik@upnm.edu.my
Web: www.upnm.edu.my

Selamat membuat permohonan UPNM Sesi 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPNM!

18 comments:

  1. Permohonan saya agar dipertimbangkan,,saya ingin masuk UPNM

    ReplyDelete
  2. Saya nk menutut di upnm ,tolong lhh

    ReplyDelete
  3. Kenapa saya x dpt sebarang tawaran...saya dh memenuhi syarat am....saya teringin sangat nak melanjutkan pelajaran ke UPNM

    ReplyDelete
  4. Anak saya baru selesai pengajian beliau di unisel dan mendapat diploma tesl dgn cgpa 3.01.

    Adakah beliau layak utk memasuki upnm?

    ReplyDelete
  5. bila buka balik ye permohonan? please nk masuk🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaa 😢 masa upu terlupa plk psl upnm ni hm

      Delete
  6. permohonan upnm blum dibuka ke..

    ReplyDelete
  7. Saya pun nak masuk upnm🥺

    ReplyDelete
  8. Boleh update untuk 15/6 ni tak untuk upnm?

    ReplyDelete
  9. Anak baru habis koleg matrikulasi.boleh ke mohon sarjana muda upnm .



    ReplyDelete
  10. anak saya perempuan lepasan spm, anak saya nak masuk upnm , saya oku

    ReplyDelete
  11. Gagal upu huhu, xpalah, lepas hbis stpm try apply upu lagi

    ReplyDelete
  12. Bilakah pula pengambilan ke UNPM selepas julai 2022.

    ReplyDelete
  13. ADAKAH UNPM MENYEDIKAN BANTUAN BIASISWA

    ReplyDelete
  14. Dari F1 minat sangat nak masuk UPNM..bila habis SPM pilihan pertama UPU adalah UPNM..bila semakan program bertemuduga TIDAK BERJAYA..mungkinkah ada peluang lagi utk samb belajar ke UPNM..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum tuan.saya nur alia maisarah lepasan spm 2022 yg lalu.saya telah mndapat 6A 1B+2c dan telah lulus ujian temuduga di kem terendak melaka.Dukacita dimaklumkan saya tidak mndapat tawaran ke upnm.Bole kah saya membuat rayuan.ini krn saya betul2 berminat utk mnjadi tentera.Saya harap pihak tuan dapat pertimbangkan.Terima kasih

    ReplyDelete
  16. saya betul sangat nak jadi tentera and saya nak sngat masuk upnm dgn semangat dan minat sayaa yg betul-betul nak sambung belajar dalam upnm

    ReplyDelete

Powered by Blogger.