Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Petronas 2024 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar IPTA yang ingin membuat permohonan Biasiswa PETRONAS tahun 2024 sebagai bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2024 boleh dibuat secara online mulai 8 hingga 16 Jun 2023 melalui Portal Rasmi PETRONAS. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa PESP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2019 Online

Sedia maklum, permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) terbuka kepada rakyat Malaysia yang lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang minyak dan gas bidang berkaitan. Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuramah sebelum pemilihan akhir.

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) beserta syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:

Tarikh Permohonan Biasiswa PETRONAS 2024

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Biasiswa PESP 2024 Online

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui PETRONAS Pendidikan Tajaan Portal seperti dibawah:

2. Kemudian, klik butang “Sponsorship Application.”

3. Klik pada butang “Daftar” untuk meneruskan pendaftaran.

4. Isikan maklumat borang permohonan yang diperlukan dengan lengkap.

5. Emel pengaktifan akan dihantar ke alamat emel berdaftar pemohon. Pastikan aktifkan akaun anda melalui pautan dalam emel yang dihantar.

6. Log masuk semula dengan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan.

Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut:

◾Mestilah Warganegara Malaysia.
◾Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Senarai Bidang Pengajian Ditaja

◾Teknikal: Kimia Gunaan, Kejuruteraan kimia, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Geologi / Geofizik, Kejuruteraan Bahan / Bahan Sains, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Petroleum Geosains

◾Bukan Teknikal: Akaun / Perdagangan / Kewangan, Sains Aktuari / Statistik, Sains Komputer, Ekonomi, Undang-undang, Psikologi

Semakan Keputusan Biasiswa PESP 2024

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa PESP tahun 2024 secara online:

1. Semakan keputusan PESP boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2023 menerusi pautan di https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login.

2. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan. Klik pada butang "Login".

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2023 Online (Semakan Keputusan)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa Shell Malaysia

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PESP, sila hubungi di talian Hotline 03 - 2331 2277 / 03 - 2051 2277.

Selamat membuat permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PETRONAS!

No comments

Powered by Blogger.