Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2024 Online

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Sukan Malaysia sesi 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 akan dibuka secara atas talian (online) mulai 1 Oktober 2023 hingga 6 November 2023 menerusi Laman Web KPM. Berikut dikongsikan Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2024 Online

Sedia maklum, permohonan Sekolah Sukan Malaysia bagi kemasukan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) turut dibuka pada setiap tahun.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) termasuk syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024

◾Tarikh Permohonan Dibuka: 1 Oktober 2023
◾Tarikh Permohonan Ditutup: 6 November 2023

Cara Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2024 Online

1. Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
KLIK 👉 https://spassm.moe.gov.my/

2. Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia 2024

Antara syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia seperti berikut:

A. Syarat Umum Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
5. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
6. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi.

B. Syarat Khusus Kemasukan

1. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
a. Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
b. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
c. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​2. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
b. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
a. Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
b. Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

Senarai Sekolah Sukan Malaysia

Terdapat lima buah Sekolah Sukan Malaysia yang telah disediakan oleh KPM:

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 

- Alamat: Kompleks Sukan Negara, 57000, Kuala Lumpur 
- Laman Web: bjss.edu.my

2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 

- Alamat: Bandar Penawar, 81930, Bandar Penawar, Johor
- Laman Web: sstmi.edu.my

3. Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) 

- Alamat: Lot 50393, Jalan Lapangan Terbang, 21300, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu
- Laman Web: ssmt.edu.my 

4. Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)

- Alamat: Jalan Bandar Gambang 10, Bandar Gambang, 26300, Kuantan, Pahang
- Laman Web: ssmpahangv2.wixsite.com/ssmp

5. Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)

- Alamat: Peti Surat 18472, 88875, Kota Kinabalu, Sabah
- Laman Web: sites.google.com/site/ssmsabahkk/

Selamat membuat Permohonan Sekolah Sukan Malaysia tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SSM!

34 comments:

  1. Hai,nama saya dewi erervia bte arizon, sy lepasan tingkat 5.sy minta sukan badminton, tapi sy tak tahu cara memohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klw thu sd tlg tnjuk ajar yaa

      Delete
  2. Saya mempunyai bakat bola sepak tapi bagaimana mahu memohon ke sekolah sukan

    ReplyDelete
  3. Adakah kanak2 berumur 9 tahun (2020) boleh mememohon ke sekolah sukan?

    ReplyDelete
  4. lepasan stpm tak boleh ke masuk? sbb ak prnh no 1 pringkat negeri tp x msuk kbngsaan x tau sbb

    ReplyDelete
  5. sya byk wakil taekwondo tpi bagaimana nak memohon sekolah sukan?

    ReplyDelete
  6. Saya mempunyai bakat bermain bola sepak bagaimana hendak memohon ke ssm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mempunyai bakat bermain bola sepak bagaimana hendak memohon ke ssm ni
      Reply

      Delete
    2. Saya mempunyai bakat dlm silat dan bagaimana ingin masuk ke sekolah sukan

      Delete
  7. Saya berbakat bermain bola sepak bagaimana mahu memohon ke ssm ni

    ReplyDelete
  8. Bagaimana nk memohon masuk sekolah sukan

    ReplyDelete
  9. Bagaimana mahu membuat rayuan permohonan sebab sebelum ini saya telah menolak tiga panggilan dari ssbj dalam sukan bola sepak atas sebab sebab tertentu , jadi untuk kali ini saya ingin menyertai kembali

    ReplyDelete
  10. Sy berbakat main badminton tpi mcm mna nak memohon masuk sekolah sukan??

    ReplyDelete
  11. saya mahu memohon untuk anak perempuan saya masuk sukan bola keranjang..dari sjkc soo jin kapar klang .. tahun 6 (2021)��

    ReplyDelete
  12. Anak sy umur 13(2021) mempunyai bakat dlm olahraga.mcm mne dy nk mohon ke ssm

    ReplyDelete
  13. saya berumur 16 tahun saya berbakat dlm pemain bola sepak

    ReplyDelete
  14. Sya x fhm tentang cara pemohonan. Adakah kita sendiri kena dptkan cop rasmi dari Ketua Jabatan dan hantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia

    ReplyDelete
  15. Saya beumur 14 wanita,saya berminat dengan bermain bola sepak...

    ReplyDelete
  16. hi i am 11 years old and i am interested in entering malaysian sports school in artistic gymnastics midwife ... i have learned about gymnastics in you tube and telegram ..

    ReplyDelete
  17. hi i am 11 years old and i am interested in entering malaysian sports school in artistic gymnastics midwife ... i have learned about gymnastics in you tube and telegram ..

    ReplyDelete
  18. As'kum...ank lelaki sy umur 13 tahun tahun 2022 ,pada usia beliau darjah 3 sehingga darjah 5 anak memasuki kelab bola ketika di pahang skrg 2021 ank bertukar sekolah ..nk bertnye mcm mne nk mohon ..sijil 2 lame ada ..

    ReplyDelete
  19. Anak2 umur16 thn(2022)..berbakat dlm BOLASEPAK Dan ingin memyertai sekolah sukan kawasan kl,macamana nk Mohon

    ReplyDelete
  20. natashafakri22@gmail.com13 April 2022 at 13:55

    saya berbakat main bola jaring tapi macam mana Nak memohon sekolah sukan ?

    ReplyDelete
  21. natashafakri22@gmail.com13 April 2022 at 13:57

    saya mempunyai bakat bola jaring tapi macam mana nak memohon sekolah sukan ?

    ReplyDelete
  22. Saya berminat untuk main bola

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berminat untuk main bolaReply

      Delete
    2. Saya berminat untuk main bola

      Delete
  23. saya mempunyai bakat dalam bidang olahraga, tetapi saya tidak tahu cara bagaimana untuk memohon di sekolah sukan

    ReplyDelete
  24. saya mempunyai bakat dalam bidang olahraga dan saya juga berminat dalam bidang bola sepak tapi saya tidak tahu bagaimana hendak memohon sekolah sukan

    ReplyDelete
  25. Saya ada wakil sekolah je...macam mana nak masuk sekolah sukan..

    ReplyDelete
  26. Saya hanya wakil sekolah..macam mana nak masuk SSM ni..harap reply...

    ReplyDelete
  27. hii saya atiqah , saya ada bakat dalam handball , bgaimana mahu masuk dalam SSM ??

    ReplyDelete
  28. Hai saya Syafiq Atul saya ada bakat dalam permainan bola sepak dan juga olahraga....bagaimana mahu masuk ssm??

    ReplyDelete
  29. hi sy anis sy ada bakat dalam olahraga dan bola baling ..macam mana nak masuk ssm?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.