Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2024 (Terkini)

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2024 (Terkini)|ADAKAH anda calon yang bakal menduduki Ujian MEdSI bagi tahun 2024? Apakah contoh soalan terkini Ujian Medsi bagi calon lepasan STPM? Panduan buat anda calon lepasan STPM/setaraf yang ingin ketahui contoh soalan dan panduan Ujian MEdSI tahun 2024. Untuk makluman anda, Ujian MEDSI 2024 akan diadakan secara rasmi pada 31 Mei 2023 hingga 11 Jun 2023. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian MEdSI tahun 2024 buat rujukan anda.

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Sedia maklum, Ujian MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventory) adalah ujian saringan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan lepasan STPM/Setaraf ke Institut Pengajian Tinggi Awam. MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsic calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. MEdsi telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdsi yang terdiri daripada sekumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2024 (Terkini)

Berikut dikongsikan maklumat yang meliputi contoh soalan Ujian MEdSI termasuk format, panduan dan teknik menjawab;

Tarikh Semakan Ujian MEdSI Sesi 2024

◾BERMULA 25 MEI 2023 (KHAMIS) 5.00 PETANG
◾UJIAN MEdSI BERMULA PADA 31 MEI 2023 - 11 JUN 2023

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2023 (Terkini)

Format Ujian MEdSI

◾Terdiri 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam
◾Mempunyai 4 bahagian
◾Bahagian 1 : Personaliti 110 item
◾Bahagian 2 : Minat kerjaya 60 item
◾Bahagian 3 : Nilai intergriti 70 item
◾Bahagian 4 : Kecerdasan emosi 60 item
◾MEdsi adalah berbentuk aneka pilihan

Semakan Kelayakan Menduduki Ujian MEdSI

◾Lepasan STPM/setaraf untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
◾Memiliki Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Panduan Menduduki Ujian MEdSI

1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK  atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my

2. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web www.mohe.gov.my

3. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga  melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

5. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dahulu.

6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti  untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 jam.

8. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

9. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

10. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja.

11. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).

Contoh Soalan Ujian MEdSI Terkini 2023

Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian Medsi tahun 2023:

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI 2018 Terkini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Ujian Medsi, sila hubungi di:

No. Tel: +6013-415 3016 (Hotline)
Emel: kemasukan.bhea@upsi.edu.my

Semoga perkongsian Contoh Soalan dan Panduan Ujian MEdSI ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.