Permohonan Kemasukan SMA MAIWP Sesi 2023 Online

Permohonan Kemasukan SMA MAIWP Sesi 2023 Online|BILAKAH tarikh permohonan SMA MAIWP 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Tahun 6 lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke SMA MAIWP (SMAM) ambilan 2023. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2023 boleh dibuat secara online pada 25 November 2022 hingga 15 Disember 2022 manakala Tingkatan 4 pula dibuka mulai 21 November 2022 hingga 9 Januari 2023. Berikut dikongsikan Permohonan SMA MAIWP 2023 Online buat rujukan anda.

Artikel berkaitan:

👉 Permohonan Kemasukan SMISTA MAIWP
👉 Permohonan Kemasukan SMA Nilai

Permohonan Kemasukan Ke SMA MAIWP Sesi 2018

Permohonan Kemasukan SMA MAIWP Sesi 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan SMA MAIWP (SMAM) Tingkatan 1 & Tingkatan 4 termasuk syarat kemasukan:

Cara Permohonan SMA MAIWP 2023 Online

1. Permohonan kemasukan ke SMA MAIWP (SMAM) boleh dibuat secara online menerusi pautan seperti berikut:


Syarat Kemasukan SMA MAIWP 2023

Antara syarat kemasukan SMA MAIWP adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Kelayakan minima 5A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2022. Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima adalah 3A 3B.
3. Mendapat 5A 2B/ MUMTAZ dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2022 atau yang setara dengannya.
4. Mempunyai asas pengajian Al-Quran dalam bidang tilawah dan hafazan.
5. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan.
6. Menghadiri sesi temuduga dan dikehendaki lulus:
- Hafazan dan Tilawah Al-Quran (khas untuk calon SMISTA)
- Ujian Kelayakan Tingkatan 1: Fardhu Ain, Jawi, Al-Quran dan Bahasa Inggeris
- Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat lanjut berkaitan SMA MAIWP, anda boleh hubungi di talian 03- 4047 9444 (En. Abdul Halim) atau email ke halim.sulaiman@maiwp.gov.my.

Atau ;
Bahagian Pembangunan Insan,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Aras 8, Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Selamat membuat Permohonan SMA MAIWP ambilan 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SMA MAIWP!

3 comments:

  1. assalamualaikum. kenapa butang utk permohonan tak boleh buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok baru buka link pendaftaran ya

      Delete
  2. assalamualaikum.berkaitan permohonan ke tingkatan 1, sy dh daftar dlm laman web SMISTA..tapi boleh ke sy nak mohon juga ke SMA MAIWP?or adakah pendaftaran yg dibuat boleh digunakan juga utk permohonan SMA?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.