Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Ambilan 2020 Online

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Ambilan 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 tahun 2020? Bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2019. Menerusi laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 2020 dibuka secara online pada 8 September 2019 hingga 30 November 2019 dimana tarikh sama bagi permohonan Tingkatan 1.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Ambilan 2020

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Ambilan 2018 Online

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Ambilan 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 secara online:

A) Cara Mendapatkan Kata Laluan

Pemohon baru hendaklah mendapatkan 'Kata Laluan' terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem permohonan borang online melalui laman web berikut:

KLIK 👉 Sistem Aplikasi Daftar Pengguna dan Mendapatkan Kata Laluan

B) Cara Mengisi Borang Permohonan Online

Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online melalui laman web seperti berikut:

KLIK 👉 Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online

Nota:
Buat tempoh ini, sambungan akses ke halaman sistem aplikasi aplikasi MRSM telah disekat oleh penyemak pelayar Google Chrome berikutan 'Privacy Error'. Pemohon boleh "memintas" dengan mengklik pada "ADVANCED" kemudian klik pada "Proceed To"

Syarat Umum Kelayakan Kemasukan MRSM
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan
Syarat Minimum dan Kelayakan Asas Kemasukan MRSM
  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin
  • Memperoleh keputusan 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah / Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2017
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA
Artikel berkaitan:
👉 Senarai Terkini MRSM di Malaysia

Semoga calon berjaya membuat permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 ambilan 2020!

No comments

Powered by Blogger.