Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019 (Borang)

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019 (Borang)|ADAKAH anda calon lepasan SPM tahun 2019? Pertama kali tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019. Untuk makluman anda, permohonan semak semula keputusan SPM 2019 boleh dibuat menerusi Pos dan Kaunter Lembaga Peperiksaan. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019 buat rujukan anda.

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019 (Borang)

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019 (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan semak semula keputusan SPM 2019 termasuk cara dan kadar bayaran:

Cara Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019

1. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 Borang LP/Am 65 Pin 1/2016

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA.
(U.P.: Unit SPM)

3. Sila tuliskan perkataan SEMAK SEMULA SPM di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini tidak akan diproses oleh sistem.

6. Sila sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm beralamat sendiri dan dilekatkan setem berharga RM1.00.

7. Tarikh tutup permohonan ialah 30 hari selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

Arahan Penting Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

1. Permohonan semak semula keputusan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

2. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Semak Semula/Kes T. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan
diproses.

3. Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan (LP)
http://lp.moe.gov.my

4. Permohonan Semak Semula perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM, markah peperiksaan percubaan dan sijil/ pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Semak Semula/Kes T tidak akan diproses.

5. Borang Semak Semula/Kes T yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-
dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit SPM)

6. Sila sertakan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) beralamat sendiri yang telah
dilekatkan setem 50 sen.

7. Borang Semak Semula/Kes T yang telah lengkap diisi, satu salinan slip keputusan
peperiksaan SPM, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan dan dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem 50 sen hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut..

8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Kadar Bayaran Fi Semakan Semula Keputusan

1. Kadar bayaran semak semula adalah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran.

2. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

3. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Semak Semula/Kes T supaya tidak tercicir.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kepada Unit SPM melalui talian 03 - 8884 3332 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03 - 8884 3785 atau melalui emel lp.spm@moe.gov.my.

Selamat membuat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM tahun 2019! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM!

No comments

Powered by Blogger.