Permohonan Program Sijil Pertanian 2023 IPSM Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Sijil Pertanian 2023 IPSM Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) tahun 2023 dalam bidang pertanian. Untuk makluman anda, permohonan Program Sijil Pertanian 2023 boleh dibuat secara online mulai bulan Mac 2022 menerusi Portal Rasmi DOA.

Permohonan Program Sijil Pertanian 2020 IPSM Online

Sedia maklum, Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) merupakan institusi di bawah pentadbiran Jabatan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Sijil ini telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program yang ditawarkan di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia adalah Program Sijil Pertanian.

Permohonan Program Sijil Pertanian 2023 IPSM Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program Sijil Pertanian (IPSM) beserta syarat kemasukan, tarikh penting dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Kolej Pertanian Malaysia 2023 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di http://portal.doa.gov.my/agris/ipsm.php.

ATAU:

2. Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama pada Februari/Mac setiap tahun. Bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Pertanian,
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

Syarat Kemasukan Program Sijil Pertanian 2023

Antara Syarat Kelayakan Program Sijil Pertanian adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.

2. Berkelulusan SPM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut;

- Minimum Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
- Minimum Lulus dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan dan
- Minimum Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian dan Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Pastri

3. Berjaya dalam temuduga/peperiksaan yang dijalankan; dan

4. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Tarikh Penting Permohonan Institut Pertanian Malaysia 2023

◼️ Permohonan secara online mulai 8
Mac 2020: 8 - 29 Mac 2020 (Ahad)
◼️ Tutup Permohonan Pengambilan Pelajar
Baru IPSM secara online: 29 Mac 2020 (Ahad)
◼️ Semakan kelayakan Temuduga IPSM
secara online: 6 April – 12 April 2020
(Isnin - Ahad)
◼️ Temuduga dilaksanakan: 13 April – 16 April 2020 (Isnin – Khamis)
◼️ Semakan Keputusan Temuduga IPSM
secara online: 11 Mei 2020 (Rabu)
◼️ Pendaftaran Pelajar Baru: IPAH - 7 Jun 2020 (Ahad), IPTG - 08 Jun 2020 (Isnin)
◼️ Orientasi: 7 Jun - 12 Jun 2020 (Ahad – Jumaat)

Semakan Keputusan Sijil Pertanian 2023 Online

1. Semakan keputusan Program Sijil Pertanian Malaysia boleh dibuat secara online menerusi pautan di http://www.portal.doa.gov.my/agris/ipsm.php

Selamat membuat Permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia tahun 2023 secara online!

1 comment:

  1. boleh murid masalah pelajaran yg belajar agro di sekolah khas masuk Pertanian

    ReplyDelete

Powered by Blogger.