Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023 PLKPK Online

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023 PLKPK Online|BILAKAH tarikh permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ambilan 2023 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) tahun 2023 dalam bidang pertanian. Untuk makluman anda, permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023 telah dibuka secara online menerusi Laman Web MOA.

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2020 PLKPK Online

Sedia maklum, Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir dalam bidang pertanian. Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKP) atau Nasional Occupational Skills Standard (NOSS) yang menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi.

Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023 PLKPK Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan beserta syarat kemasukan, semakan keputusan dan senarai bidang yang ditawarkan:

Cara Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023 Online

1. Permohonan kemasukan ke PLKPK boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/.

Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023

Antara Syarat Kemasukan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau setaraf
3. Berumur 18-25 tahun
4. Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan

Senarai Bidang Latihan Kemahiran Pertanian Yang Ditawarkan

◼️Tanaman
◼️Pengeluaran Padi
◼️Ternakan Ruminan
◼️Ternakan Poltri
◼️Akuakultur Marin
◼️Akuakultur Tawar
◼️Teknologi Perikanan Tangkapan
◼️Pemprosesan Makanan
◼️Pemasaran


Semakan Keputusan PLKPK 2023 Online

*Akan dikemaskini 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PLKPK, sila hubungi di:

Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

Tel : 03-8870 1695 / 1692 / 1802
Faks : 03-8888 1699 / 03-8870 6908

Selamat membuat Permohonan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.