Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online (Borang)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 30 April 2020 menerusi Portal Rasmi Yayasan Sabah.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online (Borang)

Sedia maklum, Biasiswa Yayasan Sabah merupakan tajaan dari Yayasan Sabah (YS) yang akan diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar semula kepada pelajar yang berkelayakan. Pemohon yang berjaya akan menerima sebanyak RM1,000 bagi kemasukan IPTA dalam negeri manakala RM1,000 bagi pengajian luar Negeri Sabah.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Yayasan Sabah beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online

1. Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://ysedu-online.net.my/YSEDU/

2. Pastikan sebelum mengakses borang permohonan secara online, pemohon perlu membeli No. PIN secara PERCUMA di semua pejabat Yayasan Sabah.

3. Anda perlu cetak borang permohonan bersama salinan dokumen yang disahkan dan dihantar ke alamat tertera dibawah:

Bahagian Pembangunan Pendidikan
Kumpulan Yayasan Sabah
Aras 4, 5 dan 7, Menara Tun Mustapha
Teluk Likas, Peti Surat 11201
88813 KOTA KINABALU

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah 2020

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon mestilah ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah

B. Syarat Akademik

1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 7A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2019.

2. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah:
Pemohon mestilah memperolehi Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan/atau memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

3. Biasiswa Kejuruteraan:
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi /’A’ Level

4. Kursus Foundation (Kejuruteraan):
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

5. Biasiswa Perubatan Mesir:
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.

6. Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM):
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM atau setaraf.

7. Dermasiswa Kemahiran Belia:
Pemohonan daripada para Belia yang mempunyai kelulusan UPSR/PMR/PT3/SPM.

Semakan Keputusan Biasiswa Yayasan Sabah 2020 Online

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA

No. Tel: +(60) 88 326300
No. Fax: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.