Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 (Borang)

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 (Borang)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang tahun 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 boleh dibuat mulai 3 Mac 2020 hingga 30 April 2020 melalui sekolah dan Pejabat ADUN.

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 (Borang)

Sedia maklum, permohonan ini dibuka kepada murid tingkatan 1 dan 4 di Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangasaan Agama / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh negeri Pahang.

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 (Borang)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020

◼️ Tarikh Dibuka: 3 Mac 2020
◼️ Tarikh Ditutup: 30 April 2020

Cara Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020

1. Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor boleh dibuat melalui sekolah dan Pejabat ADUN.

2. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.

Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
3. Pemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang.
4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
5. Keutamaan diberikan kepada Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta.
6. Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
7. Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Semakan Keputusan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang 2020

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
No. Tel : 09-5181800 / No. Fax : 09-5181888

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Pahang tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.