Permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020 Online

Permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke ambilan 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 10 April 2020.

Permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020 Online

Sedia maklum, Biasiswa ini dinamakan bersempena nama Elena Cooke, pengetua paling lama di Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS). Tujuan biasiswa in I diberikan bertujuan untuk membantu pelajar yang serba kekurangan, terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke beserta syarat kelayakan permohonan dan bidang pengajian yang ditaja:

Cara Permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020 Online

1. Pemohon perlu muat turun borang permohonan menerusi laman web ini:

◼️Untuk permohonan ke Sunway College/University KLIK DISINI.

◼️Untuk permohonan ke First City University College, KDU University College, Utropolis, Glenmarie dan mana-mana kolej, universiti tempatan KLIK DISINI.

2. Permohonan yang lengkap mesti dihantar ke alamat seperti dibawah:

Elena Cooke Education Fund
c/o Unit 1211, Level 12, Block A, Damansara Intan e-Business Park,  No. 1 Jalan SS 20/27,  47400 Petaling Jaya, Selangor D.E. 8.

Syarat Kelayakan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke 2020

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon memiliki sekurang-kurangnya 3A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2C dalam STPM, 26 points dalam UEC untuk 5 subjek (semua subjek sekurang-kurangnya mendapat gred B) serta memenuhi kriteria dalam bidang yang dipohon
3. Berumur bawah 23 tahun sebelum 31 Disember 2020
4. Pendapatan keluarga tidak melebih RM60,000 setahun
5. Mereka yang sedang melanjutkan pengajian tidak layak untuk memohon

Bidang Pengajian Yang Ditaja

A. Sunway College

Certificate in Finance, Accounting & Business (CFAB)
Certified Accounting Technician (CAT)
Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
Diploma in Accounting
Diploma in Business Administration
Diploma in Communication
Diploma in Finance
Diploma in Information Technology

B. Sunway University

BSc (Hons) in Computer Science / Information Technology/ Information  Systems/Software Engineering
BSc (Hons) in Business Management/ Business Studies /Financial Analysis/Financial Economics
Diploma in Culinary Arts
Diploma in Events Management
Diploma in Graphic  & Multimedia
Diploma in Hotel Management
Diploma in Interior Design

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Elena Cooke Education Fund
c/o Unit 1211,  Level  12, Block
Damansara Intan e-Business Park
No. 1 Jalan SS 20/27
47400 Petaling Jaya,
Selangor D.E.

Selamat membuat permohonan Biasiswa Pendidikan Elena Cooke tahun 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Pendidikan Elena Cooke!

No comments

Powered by Blogger.