Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021 Monbukagakusho MEXT Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021 Monbukagakusho MEXT Online|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun tahun 2021 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan penajaan Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) tahun 2021 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021  boleh dibuat secara online mulai 9 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 menerusi Portal Rasmi JPA.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021 Monbukagakusho MEXT Online

Sedia maklum, sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang berminat membuat permohonan Penajaan Biasiswa Kerajaan Jepun (Monbukagakusho MEXT) bagi pengajian peringkat Pasca Siswazah bagi tahun 2021.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021 Monbukagakusho MEXT Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021 Online

1. Pemohon hendaklah mengisi borang
permohonan secara atas talian di Portal JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my/. Permohonan dibuka mulai 9 hingga 24
Mac 2020.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuatturun, dicetak dan ditandatangani sebelum dihantar kepada
Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan masing-masing.

3. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Borang Permohonan (Diisi dalam Bahasa lnggeris atau Jepun sahaja); dan
(ii) Salinan sijil dan transkrip akademik bagi ljazah Pertama dan Sarjana (sekiranya berkaitan) dalam Bahasa lnggeris atau
Jepun sahaja, yang telah disahkan oleh pihak yang diberikuass mengesah sahaja. Sila rujuk perkara enam (6) dalam Garis Panduan Permohonan.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021

Antara Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Jepun 2021 adalah seperti berikut:

1. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2021;
2. Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira sehingga 1 Januari 2020);
3. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup
permohonan;
4. Mempunyai penguasaan Bahasa lnggeris dan/ atau Bahasa Jepun yang baik;
5. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2017,2018 & 2019)
6. Tidak mengikuti kursus sederhana di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 Januari 2020);
7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
8. Telah mengisytiharkan harta;
9. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun tahun 2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa Kerajaan Jepun!

No comments

Powered by Blogger.