Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2022 Kluster B40 & M40

Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2022 Kluster B40 & M40|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Kewangan KPM tahun 2022 bakal dibuka? Berita baik buat anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM yang berminat dan berkelayakan dari Kluster B40 & M40 membuat permohonan Bantuan Kewangan KPM ambilan 2022 sebagai bantuan kewangan pendidikan. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Kewangan KPM 2022 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi KPM. Berikut dikongsikan Cara Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2022 buat rujukan anda.

Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2020 Kluster B40 & M40

Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Bantuan Kewangan KPM beserta syarat kelayakan permohonan dan kadar bantuan:

Cara Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2022 Online

1. Bantuan Kewangan Asasi IPTA

A. Kadar Bantuan

◼️Elaun Wang Saku berjumlah RM2,500.00 setahun pengajian;
◼️Yuran pengajian dan penginapan berjumlah RM1,420.00 setahun pengajian; dan
◼️Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

B. Tempat Pengajian

Universiti Malaya (UM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

C. Syarat Kelayakan

◼️Warganegara Malaysia;
◼️ Pelajar hendaklah mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam (UA);
◼️Pelajar hendaklah bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan mengikuti program pengajian seperti di dalam surat tawaran; dan
◼️Golongan sasaran ialah untuk golongan B40 dan M40 dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000.00

2. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)

A. Kadar Bantuan

Pelajar Sepenuh Masa - Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian. Penerima Biasiswa hanya layak wang saku sahaja. Kadar bantuan wang saku RM300/sebulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk pada RM5,000 setahun bagi kedua-dua elemen tersebut.

Pelajar Separuh Masa - Bantuan yuran pengajian sahaja tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian.

B. Syarat Kelayakan

◼️ Pelajar mestilah warganegara Malaysia;
◼️ Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU;
◼️ Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
◼️ Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
◼️ Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini; dan
◼️ Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/ sebahagian).

3. Program Pendidikan Khas (PPK)

A. Kadar Bantuan

RM3,660.00 untuk semester pertama;
RM3,360.00 untuk semester 2 sehingga semester 4

B. Syarat Kelayakan

◼️ Pelajar warganegara Malaysia;
◼️ Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
◼️Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
◼️ Pelajar OKU tidak boleh menerima penajaan lain; dan
◼️ Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.

4. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

A. Kadar Bantuan

RM300/sebulan @ RM1,800/semester

B. Syarat Kelayakan

◼️ Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
◼️ Diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil sepenuh masa; iaitu tempoh pengajian selama 16 hingga 24 bulan;
◼️ Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
◼️ Menandatangani dua Salinan perjanjian;
Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
◼️ Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program;
◼️ Hanya pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang layak memohon bantuan; dan
◼️ Bagi permohonan kali pertama pelajar Semester 2, syarat pendapatan keluarga dan pencapaian CGPA semester 1 adalah diambil kira

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Cawangan Pra Perkhidmatan 2
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor.
No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085

Selamat membuat permohonan Bantuan Kewangan KPM tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Bantuan Kewangan KPM!

No comments

Powered by Blogger.