Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) 2020 Online

Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship tahun 2020 bakal dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan penajaan ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) tahun 2020 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship 2020 boleh dibuat secara online mulai 17 Mac 2020 hingga tarikh tutup 27 Mac 2020 menerusi Portal Rasmi JPA.

Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) 2020 Online

Sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa warganegara Malaysiayang berkelayakan untuk memohon ASEAN-China Young LeadersScholarship (ACYLS) tahun 2020 bagi mengikuti pengajian di peringkat
Sarjana, Ph.D atau program penyelidikan jangka pendek di salah satu daripada 22 universiti di China seperti disenaraikan dalam Guidebook of ACYLS.

Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship (ACYLS) 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship 2020 Online

1. Pemohon hendaklah mengisi borang
permohonan secara atas talian di Portal JPA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my/. Permohonan dibuka mulai 17 hingga 27
Mac 2020.

2. Semua pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web ACYLS melalui pautan http://www.csc.edu.cn/studyinchina atau
http://www.campuschina.org. Borang permohonan yang telah lengkap diisi
melalui pautan ini hendaklah dimuat turun dan dicetak serta dilampirkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain yang diperlukan seperti mana yang dinyatakan di dalam Guidebook of ACYLS.

3. Dokumen permohonan lengkap
hendaklah dikemukakan secara serahan tangan atau pos sebelum atau pada 27 Mac 2020 oleh pemohon sendiri (bagi bukan penjawat awam) atau Ketua Jabatan / Perkhidmatan (bagi penjawat awam) kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

4. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh
tutup permohonan atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan atau tidak
dikemukakan melalui Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan tidak akan diproses oleh JPA untuk tujuan pencalonan kepada pihak Kerajaan China. Pemilihan akhir calon untuk ditawarkan ACYLS adalah tertakluk kepada keputusan oleh pihak Kerajaan China.

Syarat Kelayakan ASEAN-China Young Leaders Scholarship 2020

Antara Syarat Kelayakan ASEAN-China Young Leaders Scholarship 2020 adalah seperti berikut:

1) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 September 2020;
2) Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun (dikira sehingga 1 Januari 2020);
3) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup
permohonan;
4) Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
5) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2017, 2018 & 2019). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
6) Tidak mengikuti kursus sederhana di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun
kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 Januari 2020);
7) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan
Mahkamah;
8) Telah mengisytiharkan harta;
9) Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA;
10) Disahkan sihat tubuh badan / mental serta bebas daripada sebarang penyakit;
11) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada mana-mana penaja lain bagi pengajian di bawah program ini;
12) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan ACYLS tahun 2020 ini
boleh dirujuk kepada pegawai penyelaras di talian 03 – 88853569/3879 atau
emel penawaranldp@jpa.gov.my

Selamat membuat Permohonan ASEAN-China Young Leaders Scholarship tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.