Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2024/2025

Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2024/2025|BILAKAH tarikh pembelian No. Pin UPU ambilan 2024 bakal dibuka? Adakah anda berminat melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA)? Perhatian buat anda Lepasan SPM dan STPM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti ambilan tahun 2024/2025. Menerusi laman rasmi Facebook Kemasukan BPKP JPT, tarikh pembelian No. Pin UPU 2024 bakal dibuka secara rasmi mulai 28 Februari 2024 (Hari Rabu) hingga 8 Jun 2024. Berikut dikongsikan Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2024/2025 buat panduan anda.

Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2020/2021

Sedia maklum, harga No. Pin Unik ID UPU bagi Lepasan SPM dan STPM/Setaraf masih sama iaitu RM 10.60 yang boleh didapati di kaunter BSN di seluruh Malaysia.

Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2024/2025

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2024 di BSN beserta panduan dan kaedah pembelian:

Info Penting Tarikh Beli No. Pin ID UPU 2024

◾Tarikh Dibuka: 28 Februari 2024 - 8 Jun 2024
◾Harga No. Pin Unik ID UPU: RM10.60 

Tarikh Pembelian No. Pin UPU 2024/2025

Kaedah Pembelian No. Pin Unik ID UPU

Berikut dikongsikan cara atau kaedah pembelian No. Pin Unik ID UPU:

1. Anda boleh terus ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda.
2. Anda boleh beli melalui mesin ATM BSN.
3. Melalui Perbankan Internet (Online Banking)

Cara Pembelian No Pin UPUOnline 

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

- Pemohon boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran.

- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian Pin Unik ID UPU.


2. ATM (Automated Teller Machine) 

- Pembelian melalui ATM BSN memerlukan pemohon atau ibu bapa untuk mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN. Jika pemohon tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Langkah pembelian PIN UPU adalah seperti berikut:-

A. Masukkan kad ATM dan nombor pin

B. Pilih Urusan : “Beli Pin”

C. Pilih Jenis Permohonan : “IPTA”.

D. Pilih jenis program Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain

E. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon. “YA” untuk meneruskan urusan

F. Semak Maklumat pembelian Pin unik ID UPU. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan.

G. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.


3. Perbankan Internet - myBSN

Pemohon hendaklah mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN. Setelah mendaftar, pemohon boleh membeli nombor PIN di bahagian perkhidmatan yang disediakan seperti berikut:

A. Log masuk ke dalam akaun

B. Kemudian, Klik “Pin Purchase”

C. Pilih Organization “UPU”

D. Pilih Program “Lepasan SPM” atau “Lepasan STPM/setaraf”

E. Isikan maklumat seterusnya dengan lengkap


Panduan Membeli No Pin UPU Di BSN

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

- Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan

- Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN

- Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM10.60 sahaja

- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian

- Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon.

- BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.

- Jangan sesekali dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.


Jenis Pembelian PIN Di BSN

Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, No Pin UPU ID juga diperlukan untuk melibatkan urusan permohonan seperti berikut:

- Program Matrikulasi KPM

- Melanjutkan pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti KPTM

- Permohonan Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

- Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke UiTM

- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

- Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL

- Permohonan Pinjaman PTPTN


Artikel Berkaitan:


Join Channel Telegram UPUOnline 2024/2025

KLIK JOIN 👉 https://t.me/upuonline2024

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila hubungi di:

📌Email: upu@mohe.gov.my
📌Hotline: 03-86842363
📌Maklum Balas Pelanggan: https://jpt.mohe.gov.my/-maklumbalas/
📌UPUCHAT: https://upuchat.org/
📌UPUPOCKET (Muat Turun di Google Play Store, App Store, AppGallery)
📌Media Sosial:
- TikTok: @bkpaupu
- Facebook: kemasukan bkpa jpt
- Telegram: UPUONLINE CHANNEL
- Instagram: @kemasukanbkpa

Semoga perkongsian Tarikh Pembelian No. Pin UPU tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat para pelajar!

3 comments:

Powered by Blogger.