Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Jadual)

Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Jadual)|APAKAH tema atau tajuk kerja kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM bagi tahun 2020? Perhatian buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal mengambil kerja kursus Pendidikan Seni Visual SPM tahun 2020. Untuk makluman anda, calon wajib melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020: Kajian Rekaan Seni Visual secara individu mulai bulan Februari 2020 hingga bulan Julai 2020. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM 2020 buat rujukan pelajar.

Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Jadual)

Sedia maklum, calon diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Kertas 3 - 2611/3) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan. Pelajar diingatkan semua dokumentasi dan catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Jadual)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM 2020 termasuk jadual yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

Soalan Kerja Kursus PSV SPM 2020

*Akan dikemaskini

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020

1. Kertas ini mengandungi sembilan
    tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon dikehendaki melaksanakan satu
    sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan
    tugasan tersebut dan memenuhi semua
    aspek yang ditetapkan.

Arahan dan Maklumat Penting Calon SPM 2020

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2019.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana
dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

Download Jadual Kerja Kursus PSV SPM 2020

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020, anda boleh memuat turun dalam bentuk PDF di Jadual Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM.

Semoga perkongsian Contoh Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 ini dijadikan rujukan buat semua calon SPM!

No comments

Powered by Blogger.