Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online (Akademi Perikanan Malaysia)

Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online (Akademi Perikanan Malaysia)|BILAKAH tarikh permohonan Sijil Perikanan tahun 2020 bakal dibuka? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ Setaraf yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Akademi Perikanan Malaysia dalam bidang Perikanan. Untuk makluman anda, permohonan Sijil Perikanan 2020 dijangka dibuka secara online pada bulan Ogos 2020 menerusi laman sesawang http://epengambilan.dof.gov.my/.

Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online (Akademi Perikanan Malaysia)

Sedia maklum, Akademi Perikanan Malaysia merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia. Ia diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.

Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online (Akademi Perikanan Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Program Sijil Perikanan beserta syarat kemasukan dan jadual kursus perikanan:

Cara Permohonan Program Sijil Perikanan 2020 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi DOF secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://epengambilan.dof.gov.my/app/login

2. Sila daftar baru sebagai pengguna terlebih dahulu dengan klik pada butang ‘Daftar Permohonan Baru’.

3. Isikan maklumat yang diminta seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Umur, Tarikh Lahir, Negeri Kelahiran dan lain-lain.

4. Kemudian, klik pada butang 'Seterusnya' dan masukkan maklumat Keputusan Peperiksaan dan Pengalaman anda.

Syarat Kemasukan Sijil Perikanan 2020

Antara syarat kemasukan Program Sijil Perikanan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan).

2. Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
i. Lulus dalam Bahasa Melayu
ii. Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains

3. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.

4. Mempunyai sihat tubuh badan.

Info Penting Program Sijil Perikanan (Akademi Perikanan Malaysia)

A. PENGENALAN

a. Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.

b. Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.

c. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skill melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.

d. Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA.

B) PERSIJILAN DAN TEMPOH

Sijil Perikanan - 4 Semester (2 Tahun)

C) KEMUDAHAN

Antara kemudahan program yang boleh diperolehi adalah seperti berikut:
i. Asrama penginapan disediakan
ii. Yuran pengajian adalah percuma
iii. Makan – minum ditanggung
iv. Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA v. Elaun Bulanan Pelajar sebanyak RM200.00 sebulan

D) LOKASI

Akademi Perikanan Malaysia - Chendering Kuala Terengganu

Cara Hubungi

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi di:

Akademi Perikanan Malaysia
Pengarah
Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu
Terengganu

No. Tel: 03-8870 4601
Laman Web Rasmi DOF:
http://www.dof.gov.my @ http://epengambilan.dof.gov.my
Laman Web Rasmi APM:
https://www.dof.gov.my/apm.php

Selamat membuat Permohonan Program Sijil Perikanan tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.