Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi  dan Diploma yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby tahun 2024 sebagai pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2024 bakal dibuka secara online mulai 1 hingga 15 Mac 2024 menerusi Portal Rasmi Sime Darby. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Sime Darby 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2020 Online

Sedia maklum, Yayasan Sime Darby mempelawa pelajar prasiswazah yang berkelayakan untuk kemasukan September 2024 dan pelajar prasiswazah tahun pertama untuk memohon biasiswa kecemerlangan bagi mengejar/ menyelesaikan impian akademik mereka di institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2024

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Sime Darby melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.yayasansimedarby.com/scholarship/forms/undergraduate-form

2. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan tepat.

Syarat Kelayakan Biasiswa Sime Darby 2024

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia.

2. Umur 25 tahun kebawah.

3. Tamat STPM/ Pra-Universiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.30.

4. Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM11,000 dan ke bawah.

5. Kualiti kepimpinan yang kukuh melalui pelbagai jawatan kepimpinan dalam pertandingan sekolah, kebangsaan dan/atau global dan/atau acara sukan.

6. Penglibatan aktif dalam khidmat masyarakat.


Bidang Pengajian Yang Diterima

A. Kursus berkaitan Perniagaan / Sains Sosial

1. Perakaunan & Kewangan

2. Ekonomi

3. Sumber Manusia/Psikologi

B. Kursus berkaitan Kejuruteraan dan Teknologi

1. Kecerdasan Buatan (AI) - Robotik

2. Sains Data

3. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

4. Sains Komputer

5. Kejuruteraan Awam

6. Kejuruteraan Mekanikal / Mekatronik

7. Kejuruteraan Kimia

C. Kursus berkaitan Seni Bina & Alam Bina

1. Seni Bina

2. Sains Persekitaran

3. Perancangan Bandar

4. Ukur Bahan

D. Kursus berkaitan Sains / Pertanian

1. Pengurusan Perladangan

2. Kejuruteraan Pertanian


Senarai Universiti Yang Diterima

YSD mengalu-alukan calon dengan tawaran tegas atau bersyarat daripada senarai  universiti berikut:

- Universiti Monash Malaysia

- Universiti Malaya

- Universiti Southampton Malaysia

- Universiti Nottingham Malaysia

- Universiti Sains Malaysia

- Universiti Putra Malaysia

- Universiti Kebangsaan Malaysia

- Universiti Curtin Malaysia

- Universiti Membaca Malaysia

- Universiti Teknologi Malaysia


Semakan Keputusan Biasiswa Sime Darby 2024

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa Sime Darby tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby 2024 Online (Semakan Keputusan)

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa Yayasan Sime Darby, sila hubungi di:

Yayasan Sime Darby
19th Floor, Wisma Sime Darby,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur,
Malaysia.

No. Tel: 03 - 26914122

Selamat membuat permohonan Biasiswa Yayasan Sime Darby tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby!

No comments

Powered by Blogger.