Login APDM 2024 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Login APDM 2024 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)|BAGAIMANA cara login masuk sistem APDM? Anda ingin kemaskini maklumat APDM 2024 secara online? Perhatian buat anda para pelajar dan guru yang ingin ketahui cara login, kemaskini dan daftar akaun Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Login APDM 2024 Online buat panduan anda.

Login APDM 2020 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Untuk makluman anda, Aplikasi Pangkalan Data Murid atau mudah dikenali sebagai APDM merupakan satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelakkan guru-guru daripada mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online. TERKINI: Semua proses pengemaskinian ini perlu dilaksanakan sebelum 16 Februari 2023 dan kali kedua pada atau sebelum 31 Mac 2023.

Login APDM 2024 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login APDM 2024 secara online termasuk cara daftar dan kemaskini APDM:

Cara Daftar APDM 2024 Online

Berikut dikongsikan Cara Daftar Akaun APDM 2024 Online:

1. Login Portal Rasmi APDM
Untuk memulakan akses ke sistem APDM, layari Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online menerusi pautan di http://apdm.moe.gov.my

2. Login Dengan ID Yang Diberikan
Di bahagian kiri laman sesawang, login APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan.

⬛ ID Pengguna: Kod sekolah
(Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Sebagai contohnya, ABC1234)
⬛ Kata Laluan: ******
(Kata laluan adalah default password yang diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah.)

3. Tukar Kata Laluan
Admin sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.

4. Login Semula
Selepas menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan ID pengguna yang baru beserta kata laluan yang telah ditetapkan.

5. Login APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan, tekan butang "HANTAR".

Kepentingan Sistem APDM KPM

- Sistem ini merupakan satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertindak sebagai pangkalan untuk mengisi dan menyimpan maklumat penting berkenaan murid.

- Sistem ini sangat praktikal dalam mengendalikan data murid di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri JPN.

Cara Login Masuk APDM 2024 Online

Berikut dikongsikan Cara Login Sistem APDM 2024 secara online:

1. Layari Portal Rasmi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://apdm.moe.gov.my/

2. Kemudian, log masuk APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Klik pada butang 'Masuk' dan isikan maklumat kehadiran murid.

Cara Kemaskini APDM Maklumat Sekolah 2024

1. Admin sekolah perlu sentiasa mengemaskini maklumat sekolah yang dalam APDM kepada yang terkini supaya dapat digunakan dari semasa ke semasa.

2. Untuk panduan sebarang maklumat sekolah, dan bagi melihat manual penggunaan data murid boleh terus ke laman sesawang https://apdm.moe.gov.my/panduan/TETAPAN_SUBJEK_TERKINI_3.pdf

Cara Kemaskini APDM Maklumat Murid 2024

1. Guru kelas perlu log masuk dengan menggunakan maklumat log masuk guru kelas. (bertujuan untuk semak sama ada nama murid yang ingin disemak terdapat dalam maklumat murid bukan warga)

2. Kemudian, pilih nama murid yang berkenaan. Klik pada kemaskini No KP untuk membetulkan ralat pada maklumat tersebut.

3. Masukkan No Kad Pengenalan yang betul.

Login APDM 2023 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Login APDM 2023 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Fungsi Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut adalah fungsi-fungsi sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid:

1. Boleh membuat pendaftaran kelas baru bagi kemasukan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
2. Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
3. Menyemak maklumat murid jika ada perubahan.
4. Melakukan pindahan kelas.
5. Mengesahkan semua maklumat murid.

Soalan Lazim APDM (FAQ)

1. Bila Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid?

Dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam APDM adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.

2. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sedia ada?

Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

3. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa kata laluan?

Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset katalaluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sediada kepada default password.

*Maklumat lanjut tentang FAQ APDM sila ke laman DISINI.

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan APDM, boleh terus hubungi di:-

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, Aras 3 & 4,  Blok E2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Semoga perkongsian Cara Login APDM tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.