Syarat Kemasukan GMI 2022 (German-Malaysian Institute)

Syarat Kemasukan GMI 2022 (German-Malaysian Institute)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke German-Malaysian Institute (GMI) ambilan 2022? Apakah syarat terkini kemasukan ke GMI bagi tahun 2022? Perhatian buat anda yang ingin ketahui syarat kemasukan GMI ambilan tahun 2022. Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan GMI 2022 buat rujukan pelajar.

Syarat Kemasukan GMI 2020 (German-Malaysian Institute)

Syarat Kemasukan GMI 2022 (German-Malaysian Institute)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Terkini Kemasukan GMI termasuk Senarai Kursus Yang Ditawarkan:

A. Syarat Am GMI

i. Warganegara Malaysia
ii. Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
iii. Calon-calon dimestikan lulus temuduga atau Ujian Khas kemasukan GMI
iv. Tiada kecacatan fizikal dan tidak rabun warna
v. Lulus Ujian Kesihatan dan Dadah

B. Syarat Khusus GMI

i. Lulus SPM/SPMV dengan mendapat
kepujian dalam:

◾Bahasa Melayu
◾Matematik Moden / Matematik
Tambahan
◾1 Subjek Sains / Teknikal
◾2 Subjek lain
◾dan sekurang-kurangnya lulus
dalam Bahasa Inggeris

ii. Memiliki Sijil daripada IKM/ITI/ILP/Politeknik/Institut lain atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang diiktiraf oleh MLVK dan Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam
Bahasa Melayu.

iii. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) dengan 2 prinsipal.

iv. Memiliki Pra-Diploma atau Sijil Matrikulasi dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan ke atas dan lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam:

◾Bahasa Melayu
◾2 subjek lain
◾dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris

Senarai Kursus Yang Ditawarkan GMI

Antara Senarai Kursus Yang Ditawarkan GMI adalah seperti berikut:

1. Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology)
2. Diploma in Production Technology (Mould Technology)
3. Diploma in Industrial Electronics (Electronics & Information Technology)
4. Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics)
5. Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation and Control)
6. Diploma in Network Security
7. Diploma in Product Design & Manufacturing
8. Diploma in CNC Precision Technology

Cara Hubungi

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kemasukan GMI, sila hubungi di:

Unit Kemasukan & Rekod GMI
Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9457
E-mail: admission@gmi.edu.my

Semoga perkongsian Syarat Kemasukan GMI tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.