Permohonan SMA Negeri Sembilan 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan SMA Negeri Sembilan 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan SMA Negeri Sembilan ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2023 yang berminat membuat permohonan kemasukan ke SMA Negeri Sembilan ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan SMA Negeri Sembilan 2024 akan dibuka secara online pada bulan November 2023 menerusi Portal Rasmi e-MOHON SMAN.

Permohonan SMA Negeri Sembilan 2020 Online

Permohonan SMA Negeri Sembilan 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan SMA Negeri Sembilan termasuk tarikh penting, syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan SMA Negeri Sembilan 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi e-MOHON di laman sesawang http://mohon.sman.edu.my. Borang permohonan akan dipaparkan SELAMA SEMINGGU bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan.

2. Hantar cetakan borang permohonan beserta salinan dokumen berikut yang TELAH DISAHKAN BENAR oleh Pengetua/Guru besar/pegawai kerajaan Gred A/Ketua Kampung, iaitu:

*Salinan MyKad/Sijil kelahiran pemohon
*Salinan MyKad ibu dan bapa / penjaga dan   isteri penjaga pemohon
*Salinan keputusan UPSR
*Salinan keputusan UPKK/UPSRA/PSRA
*Salinan sijil berhenti sekolah

3. Penghantaran cetakan borang permohonan dan salinan dokumen HENDAKLAH dihantar ke pejabat sekolah secara serahan tangan SAHAJA.

4. Jika mana-mana dokumen tidak disahkan, pemohon tidak mengisi borang e-SPK ATAU dokumen yang diperlukan tidak dihantar kepada pejabat sekolah melalui serahan tangan, maka permohonan TIDAK AKAN DILAYAN.

5. Segala makluman berkaitan ujian, temuduga dan keputusan permohonan akan dipaparkan di laman web e-SPK (mohon.sman.edu.my). Pemohon diminta sentiasa peka dengan segala hebahan dan pengumuman.

Syarat Kemasukan SMA Negeri Sembilan 2024

Antara syarat kemasukan SMA Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

◾Mampu membaca dan menulis jawi
◾Mampu membaca Al-Quran dengan lancar
◾Mengetahui asas bahasa Arab
◾Sekurang-kurangnya memperolehi 3A dalam UPSR serta tiada D/E; DAN
◾Sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK, atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.

Tarikh Penting Permohonan SMA Negeri Sembilan 2024

*Akan dikemaskini

Semakan Keputusan SMA Negeri Sembilan 2024

*Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Sekolah Menengah Agama Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 606-7991826
Faks: 606-7996931

Selamat membuat permohonan SMA Negeri Sembilan tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SMA Negeri Sembilan!

No comments

Powered by Blogger.